TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Rabu, 31 Mac 2010

WAKIL RAKYAT HARUS RAJIN TURUN PADANG - PM


Rajin turun padang, adalah antara empat ciri utama yang perlu ada pada setiap wakil rakyat bagi membolehkan mereka diterima secara menyeluruh oleh rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, seseorang wakil rakyat perlu rajin turun padang untuk meninjau sendiri masalah rakyat di kawasan mereka.

"Bunyinya mudah tetapi kadang-kadang tidak juga dilakukan oleh kita dengan sepenuhnya," katanya dan menambah, seorang wakil rakyat juga mesti mudah dihubungi serta dapat menyelesaikan masalah rakyat.

"Mereka juga mesti sentiasa menunaikan janji sebagai wakil rakyat. Characteristic seperti ini patut ada sebagai wakil rakyat," katanya semasa melancarkan Malam Amal Badan Amal Selangor (Kasih), di Hotel Grand Dorsett, di Subang Jaya dekat sini, malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merangkap Yang DiPertua Kasih; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar; dan isteri Noh, yang juga merupakan Naib Yang Dipertua Kasih, Profesor Datin Seri Dr Aishah Salleh.

Najib berkata, isteri wakil rakyat dan bekas-bekas pemimpin juga perlu sentiasa bergerak aktif dalam badan-badan amal seperti Kasih kerana ia boleh 'complement' tugas dan tanggungjawab suami mereka sebagai pemimpin masyarakat.

Program-program amal yang dilakukan ini selaras dengan apa yang selama ini ditekankan oleh kerajaan, selain merupakan salah satu prinsip utama yang ditekankan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan hari ini, katanya.

Beliau berkata, MEB menekankan supaya pembangunan negara bersifat 'inclusive', iaitu tidak ada mana-mana rakyat yang akan disisihkan, ditinggalkan dan dipinggirkan daripada mendapat manfaat pembangunan dan pembaharuan yang akan diusahakan di negara ini.

Bagi menjayakan pembangunan 'inclusive' itu, bukan sahaja kerajaan perlu menentu dan melaksanakan program-program amal, tetapi NGO seperti Kasih juga diharap dapat membantu mencapai objektif ini melalui aktiviti dan program anjurannya, kata Najib.

"Jadi melalui jaringan sosial seperti ini lebih ramai orang kurang upaya, golongan daif dan kurang upaya dapat dibantu, dan dengan ini pembangunan secara inclusive dapat dicapai," katanya. Perdana Menteri berkata wakil rakyat, sebagai suami pula perlu redha sekiranya para isteri tidak ada di rumah kerana membuat kerja-kerja amal.

"Kalau buat kerja amal kita redhalah...tetapi kalau perkara-perkara lain kena buat permohonan dululah," katanya yang disambut tepukan tetamu yang hadir.

Terdahulu Rosmah dalam ucapannya menyeru supaya lebih ramai isteri pemimpin dan mantan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor tampil menjadi ahli Kasih yang kini hanya mempunyai keahlian kira-kira 70 orang.

Beliau berkata, Kasih mempunyai peranan yang penting dalam menzahirkan komitmen isteri para pemimpin untuk menyumbangkan bakti kepada rakyat Selangor, khususnya kaum wanita dan kanak-kanak bagi membantu mereka dalam aspek kebajikan dan kemasyarakatan.

"Janganlah masa kita berkuasa masing-masing berebut ke depan tetapi bila kuasa tiada di tangan puan-puan hanya duduk menyepi," katanya.

Rosmah berkata, isteri pemimpin mempunyai peranan untuk membantu suami sebagai pemimpin dalam mendekati dan mendampingi rakyat agar sama-sama memahami rintihan dan keluhan mereka.

Kepada para suami pula, Rosmah turut berharap dapat menggalakkan isteri masing-masing untuk mendaftar dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti Kasih.

Sempena majlis itu, sejumlah RM2.8 juta berjaya dikutip dan akan diagih-agihkan kepada golongan kurang bernasib baik di Selangor. - BERNAMA

Khamis, 11 Mac 2010

KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI TUANKU KE SELANCAR







UMNO Cawangan Kuala Rompin ingin mengucapkan Taniah kepada penduduk Gugusan Felda Selancar dan Ladang-Ladang Swasta yang telah menerima dan berjaya melalui Jambatan baru. Kami juga ingin menjunjung kasih kepada KDYMM Sultan yang dikasihi kerana sudi merasmikan Jambatan tersebut dengan jayanya. Taniah satu lagi usaha kerajaan dalam Rakyat di Utamakan

Jumaat, 19 Februari 2010

BANGUNAN UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN



Bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin yang dijangka siap pada pada bulan Julai tahun ini telah siap hampir 80%. kerja-kerja plastar dinding, pemasangan tingkat dan lain-lain kerja tambahan yang perlu dibuat seperti jalan, longkang dan alat letrik sahaja, semuga perancangan pemaju tidak tergendala dalam pembinaan.

Sabtu, 13 Februari 2010

BENGKEL MEDIA BARU SEMPENA KONVENSYEN UMNO BAHAGIAN ROMPIN






Peranan media baru dalam memberi maklumat dan penerangan dari sudut politik telah dibahaskan bagitu panas, tersusun dan keputusan telah dibuat dalam bengkel tersebut. Taniah kepada Jawatankuasa Bengkel Media Baru telah berjaya mendedahkan satu lagi saluran baru kepada Ketua Cawangan dan Perwakilan Cawangan yang hadir. Peserta yang menghadiri bengkel ini terdiri dari 27 orang perwakilan dan ketua cawangan.

KONVENSYEN UMNO BAHAGIAN ROMPIN




Konvensyen UMNO Bahagian Rompin yang diadakan pada 13hb. Februari 2010 di Auditorium Utama UNITEN Kampus Sultan Hj. Ahmad Shah Muadzam Shah boleh dikatakan berjaya menerapkan Jati diri, Kesungguhan dan memertabatkan kembali Bangsa Melayu khasnya dan bangsa lain-lain dalam Malaysia menuju kearah Satu Malaysia. UMNO Cawangan Kuala Rompin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Kerja Konvensyen diatas kejayaan Konvensyen ini. Tidak ketinggalan Bengkel bengkel yang diadakan seperti Bengkel Politik, Ekonomi, Pendidikan dan Agama dan Media Baru, dimana bengkel bengkel yang diadakan berjalan dengan lancar dan berjaya membuat rumusan. Tanpa adanya anda semua siapalah kami yang kerdil dibawah.......... TANIAH UMNO BAHAGIAN ROMPIN DAN JAWATANKUASA KERJA.

Sabtu, 23 Januari 2010

ALFATIHAH - SULTAN JOHOR MANGKAT


Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.
Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.
Istiadat Pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkannya.