TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Jumaat, 29 Mei 2009

BANGUNAN UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN






29hb. Mei 2009 Bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin, yang mula mendapat kelulusan dari Majlis Daerah Rompin telah siap di piling pada hari ini. Bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin dijangka didirikan Tiang dan lain-lain mulai 1hb. jun 2009.
Semuga Tuhan mengizinkan pembangunan ini tanpa halagan dan kerenah dari Jabatan Jabatan yang berkaitan.

Isnin, 25 Mei 2009

ROMPIN FEST 2009




KEPADA ANDA YANG INGIN KE ROMPIN SEMPENA ROMPIN FEST 2009

TEMPAT ACARA : PANTAI HIBURAN ROMPIN
TARIKH : 29HB. MEI
HINGGA 7HB. JUN 2009


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DISAMPING BERHIBUR ANDA BOLEH MENAMBAH ILMU DENGAN PAMERAN YANG DIADAKAN

Sabtu, 23 Mei 2009


Cerita ini disedut dari Cyberita Online Singapura. Lebih indah untuk dibaca semua yang melayari blog ini. Boleh dijadikan panduan dan pandangan.

LEMBARAN BARU HUBUNGAN SINGAPURA-MALAYSIA

Kedua-dua PM lahirkan kesungguhan bergerak ke hadapan dengan cara lebih 'produktif' dan 'membina'

Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

HUBUNGAN baik Singapura-Malaysia memasuki lembaran baru dengan pemimpin kedua-dua negara bukan sahaja melahirkan kesungguhan untuk bergerak ke hadapan dengan cara lebih 'produktif' dan 'membina' menerusi beberapa projek ikonik termasuk kemungkinan membina sebuah jambatan baru menghubungkan negara ini dengan timur Johor.

Ini dibuktikan dengan pengumuman pelbagai inisiatif oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan rakan sejawatannya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, menyusuli pertemuan empat mata mereka selama 45 minit di Istana, semalam.

Dalam sidang akhbar semalam, Encik Lee dan Datuk Seri Najib memberi komitmen untuk bekerjasama dalam memajukan Iskandar Malaysia bagi manfaat kedua-dua negara, di samping membangunkan sebuah projek ikonik yang akan menjadi mercu tanda hubungan erat Singapura-Malaysia.

Mengenai hal ini, Datuk Seri Najib menyarankan pembinaan sebuah Pusat Kesihatan bagi menarik kunjungan rakyat kedua-dua negara serta pelancong asing.

Usulan beliau itu menerima sambutan baik Encik Lee yang menyarankan agar idea tersebut diluaskan dan merangkumi projek pembangunan sebuah bandar lengkap dengan pelbagai kegiatan mencakupi perusahaan, tujuan pelaburan, komersial dan tempat tinggal.

Saranan itu akan dibincangkan oleh sebuah jawatankuasa bersama yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Mah Bow Tan, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Di sidang akhbar itu juga, Datuk Seri Najib turut mengumumkan kemungkinan membina sebuah jambatan baru yang menghubungkan bahagian timur Singapura dengan Pengerang dan Desaru untuk manfaat jangka panjang.

Ini memandangkan kedua-dua kawasan tersebut mempunyai potensi ekonomi yang luas.

'Matlamatnya adalah untuk memudahkan pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan, sekali gus memudahkan perjalanan yang semakin bertambah,' ujarnya.

Mengenai Tambak Johor pula, Datuk Seri Najib secara terus terang berkata, beliau tidak mahu mengambil pendekatan yang sama seperti pemimpin terdahulu dan menghadapi kegagalan serupa.

'Menyentuh soal Koswe, saya memberitahu Perdana Menteri (Lee) Hsien Loong, saya tidak mahu ia menjejaki laluan yang sama dan berakhir dengan satu lagi masalah atau satu lagi kegagalan.

'Kita berdua setuju untuk melihat pada matlamatnya dan mencapai matlamat itu. Kita bincang tentang usaha meluaskan Koswe, laluan kereta api, apa-apa saja selagi matlamat kita tercapai,' ujarnya lagi sambil berkata satu kajian mendalam akan dilakukan untuk tujuan itu.

Menyentuh tentang Butiran Perjanjian (POA) yang masih tertunggak sejak 18 tahun lalu, kedua-dua pemimpin akur ia adalah masalah yang ingin sekali diselesaikan dan telah mengarahkan Menteri Ehwal Luar kedua-dua negara untuk bertemu bagi menghuraikannya.

Kata Encik Lee: 'Anda tahu bahawa ia adalah isu yang cukup lama, (tertunggak) lebih 18 tahun lalu dan ia bukan sesuatu yang mesti terus tertunggak kerana kami tidak mahu isu-isu tertunggak yang diwarisi menjejas hubungan kita.'

Hal itu turut dipersetujui Datuk Seri Najib sambil menyifatkan tempoh 18 tahun adalah terlalu lama.

'Ia adalah sesuatu yang kita sama-sama warisi. Kita tidak harus tunggu 18 tahun lagi untuk menghuraikannya,' tegas beliau.

Dalam sidang akhbar selama 15 minit yang bermula pada 12.30 tengah hari itu, Encik Lee sekali lagi merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya atas kejayaan memberkas semula pemimpin Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, di Johor pada 1 April lalu.

Menyentuh soal keselamatan, Encik Lee dan Datuk Seri Najib masing-masing memberi komitmen untuk terus bekerjasama bagi menangani sebarang ancaman yang boleh menjejas keselamatan kedua-dua negara.

Ini merupakan lawatan pertama Datuk Seri Najib ke Singapura selaku Perdana Menteri Malaysia selepas menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi bulan lalu.

Dalam lawatan dua harinya, Datuk Seri Najib ditemani isteri, Datin Sri Rosmah Mansor, dan barisan menteri Kabinet, terdiri daripada Tan Sri Nor Mohamed; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa; dan Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman; serta pegawai kanan kerajaan.

Hubungan erat pemimpin kedua-dua negara jelas terpancar dengan Singapura semalam menamakan sejenis bunga anggerik kacukan Dendrobium, sebagai Dendrobium Najib Rosmah, sempena lawatan mereka ke Taman Anggerik di Kebun Bunga Singapura pagi semalam.

Di samping itu, Encik Lee semalam turut mengundang Datuk Seri Najib serta barisan Kabinetnya mengadakan retreat di sini lewat tahun ini.

Selain menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan, Datuk Seri Najib turut mengadakan pertemuan dengan Presiden S R Nathan dan Menteri Kanan, Encik Goh Chok Tong.

Malam tadi, beliau dan anggota delegasinya diraikan oleh Encik Lee dalam satu majlis makan malam.

Mereka berlepas balik pagi tadi.

Hati-hati dengan ubat tradisional ikan haruan


HSA ( Singapore ) NASIHAT USAH MINUM 'AIR IKAN HARUAN'

Produk mengandungi ubat boleh mudaratkan kesihatan

Oleh: Shamsul Jangarodin

PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) menasihatkan orang ramai jangan mengambil produk kesihatan tradisional berjenama 'Air Ikan Haruan' kerana ia disahkan mengandungi sejenis ubat yang boleh memudaratkan kesihatan, dexamethasone.



Nasihat itu menyusuli kes seorang wanita berusia 60-an tahun mengalami masalah seperti lemah badan, lesu, sakit seluruh badan, hilang selera makan dan turun berat badan setelah berhenti minum produk itu.

Beliau telah mengambil produk itu bagi melegakan sakit badan lebih setahun. Ia dibelinya di luar negara.

Menurut HSA, gejala yang dialami wanita itu adalah kesan sampingan pengambilan dexamethasone, yang sering digunakan bagi merawat penyakit radang, seperti artritis.

'Penggunaan dexamethasone tanpa pengawasan dan secara berpanjangan sering dikaitkan dengan degupan jantung tidak tetap; kenaikan tekanan darah, kolesterol dan kadar gula dalam darah; haid tidak tetap; kerosakan otot dan tulang; sawan dan kecelaruan mental dan murung,' kata satu kenyataan HSA semalam.

'Air Ikan Haruan', yang dipakej dalam botol kecil, diedar oleh sebuah syarikat di Perak dan dijual di Malaysia pada harga RM12 ($5).

Labelnya mendakwa ia boleh membersihkan darah, melegakan gatal-gatal pada kulit dan batuk kering, menyembuhkan luka dalaman, menguatkan badan dan baik bagi ibu baru bersalin.

Ramuan produk itu dicatatkan mengandungi ikan haruan, rempah ratus, pasak bumi, tongkat ali, lidah buaya, madu dan halia.

Tetapi, ia tidak mengisytiharkan dexamethasone dalam ramuannya.

Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai ubat tradisional di Joo Chiat Complex semalam mendapati kesemuanya tidak menjual produk itu.

Seorang penjual yang tidak mahu namanya disiar berkata beliau berhenti menjual produk itu lebih dua tahun lalu setelah HSA melarang penjualannya di sini.

'Semasa dijual dulu ia amat laris. Ramai pengguna berkata ia bagus dan serasi. Saya rasa produk ini mula tercemar apabila timbul produk-produk air ikan haruan tiruan yang menyebabkan ramai orang jatuh sakit,' katanya.

Seorang suri rumah, Hajah Mariah Bujang, 59 tahun, yang pernah menggunakan produk itu berkata ia 'berkesan' namun beliau berhenti setelah melihat iparnya menunjukkan kesan sampingan setelah meminumnya.

'Mukanya mula sembab-sembab dan dia mengalami pelbagai penyakit. Padahal dia yang sarankan air ikan haruan itu pada saya,' katanya.

Sumber: Cyberita Online Singapura

Jumaat, 22 Mei 2009

TANIAH ZAMRI MENTERI BESAR PERAK


Gambar BH online



Taniah diucapkan kepada Y.A.B Zamri Menteri Besar Perak, Kejayaan menentukan siapa Menteri Besar Perak. Keputusan Istana Keadilan Putera Jaya. Hanya satu harapan kami dari jauh Utamakan Rakyat. Kepentingan rakyat harus difikirkan. Kulit Kacang hampir pecah bila jawatan di terima, kacang diambil kulit jangan dilupakan.

Khamis, 21 Mei 2009

MB Pahang Bersama Rakyat di Daerah Rompin








Program bertemu rakyat yang diadakan oleh Menteri Besar bersama EXCO kerajaan Negeri di Parlimen Rompin,Boleh dikatakan satu program yang dibanggakan. Dalam pertemuan tersebut Y.A.B Menteri Besar Pahang mengupas tentang One Malaysia kepada yang hadir disamping menceritakan apa itu one Malaysia yang tidak akan melanggar perlembagaan Malaysia. Bagitu juga tentang Rakyat diutamakan bagaimana dan caranya. Beliau mengulas tentang Rakyat diutamakan, walaupun sejak dahulu Kerajaan Barisan Nasional telah menjalankannya tetapi dengan kepimpinan DS Najib perkara ini diberi keutamaan.

Hasil dari pertemuan yang diadakan masalah utama yang disuarakan oleh Rakyat Parlimen Rompin berkenaan dengan permohonan tanah yang bagitu lama diproses untuk mendapat kelulusan sebagai contoh salah seorang yang memohon tanah sudah menjangkau 20 tahun tidak mendapat kabar berita. Dalam perbincangan tentang tanah yang telah mendapat aku janji untuk diselesaikan oleh Y.A.B Menteri Besar . isu pelaburan meritin juga disentuh oleh peserta yang hadir. Isu Bot ke Pulau Tioman, Isu Orang Asli dan isu Yayasan Pahang. FELCRA yang membangunakan tanah kerajaan yang mengambil masa lama untuk diproses dan diserahkan kepada rakyat juga di perbincangkan.

Hasil dari usaha oleh Y.A.B Menteri Besar melawat kedaerah daerah amat dipuji. Dengan kunjungan ke Rompin menunjukan era baru kepimpinan Barisan Nasional dengan slogan baru “ Rakyat diutamakan” Berjaya di amalkan.

TERIMA KASIH DATO’ ,MENTERI BESAR PAHANG









Sabtu, 16 Mei 2009

BERITA SENSASI TAPI TIDAK BERNILAI

Sinar Harian Edisi Pahang hari ini 14hb Mei 2009 melaporkan di muka surat pertama, cabaran
oleh Ketua Penerangan Pas Pahang terhadap YAB Menteri Besar Pahang.
Cabarannya adalah untuk MB membuat laporan polis terhadap dakwaan bahawa ada terdapat "penipuan, peniruan, pembohongan saksi dan keputusan hakim" dalam kes yang dimenangi oleh Seruan Gemilang terhadap Pahang dengan jumlah penghakiman sebanyak RM63 juta.
Saya ingin tegaskan :
1. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang telah pun lama dulu membuat laporan polis dan perkara ini dalam siasatan oleh polis.
2. Perkara ini adalah dalam perbicaraan di Mahkamah dan ada "pending proceeding" di Mahkamah melalui kes Pahang Suing Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dan nombor kes adalah Mahkamah Tinggi Kuantan Guaman Sivil 21-11-2008.
Saya nasihatkan kepada pemimpin Pas itu jangan buat kenyataan yang tidak usul periksa.
Kepada Sinar Harian Edisi Pahang, perkara ini tidak perlu liputan media kalau hanya untuk nilai sensasi sahaja.

copy dan paste dari http://dongtalk.blogspot.com/

BANGUNAN UMNO DIMULAKAN DENGAN PEMBANGUNAN ASAS

Pekerja sedang membuat pagar dan kongsi


Tapak kongsi pekerja


Kiri Bangunan UMNO dimana, Bangunan yang nampak adalah Tunas Manja di Rompin


Pandangan hadapan Bangunan UMNO bila siap nanti



Kerja-kerja asas merata dan menambak tapak Bangunan



Kerja-kerja asas merata dan menambak tapak Bangunan






15hb. mei 2009 Bangunan UMNO cawangan Kuala Rompin telah dimulakan dengan kerja-kerja asas bagi menyediakan tapak, pagar, membersih sekitaran dan kongsi untuk kemudahan pekerja. terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada YB. ADUN Tioman merangkap Ketua UMNO Cawangan Kuala Rompin. YangDipetua Majlis dan semua ahli mesyuarat yang menghadiri mesyuarat pada 13hb. mei 2009 kerana telah meluluskan semua pelan bangunan dan lain-lain yang bersangkutan dengan Bangunan UMNO. Semua cita-cita ahli UMNO dan Jawatankuasa UMNO cawangan Kuala Rompin untuk bersidang dan pemilihan Jawatankuasa baru pada tahun 2010 nanti dapat diadakan dibangunan baru. Insyaallah.

Rabu, 13 Mei 2009

USUL UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN BAGI TAHUN 2008

Usul UMNO cawangan tahun lalu telah diterima oleh bahagian Rompin tanpa dibehaskan tetapi sehingga ke hari ini jawapan dan keputusan masih belum diterima

Usulnya ialah.


1. Memandangkan ramai dikalangan rakyat Malaysia yang ingin mendiami rumah kos rendah terutamanya rumah kos rendah yang didirikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad gagal mendapat keistemewaan dari Bank kerana pendapatan bulanan tidak dapat dinyatakan atau ditunjukkan dengan memuaskan hati pihak Bank.

UMNO Cawangan Kuala Rompin yang bersidang pada hari ini 20hb. Julai 2008 mendesak kerajaan agar mengkaji semula peranan Syarikat Perumahan Negara Berhad dan motif sasaran Rumah Kos Rendah yang di dirikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, agar sasaran bertepatan dengan kehendak kerajaan, bagi membasmi kemiskinan dan membolehkan rakyat berpendapatan rendah yang tidak berkelayakan dari sudut pinjaman Bank dan mampu membayar bulanan, dapat memiliki rumah tersebut. Kami juga bercadangan agar pemberian rumah Kos Rendah di kembalikan kepada sistem pembayaran cara lama, melalui Setiausaha Kerajaan Negeri.

2. Menyedari hakikat Pekerja Ladang Felda di kalangan Warga Negara Malaysia masih dibawah pendapatan rakyat miskin, mempunyai usia yang lanjut, masa depan yang tidak menentu, tidak mempunyai rumah untuk didiami, tidak mempunyai tanah untuk dimajukan menyedari hakikat ini .

UMNO Cawangan Kuala Rompin yang bersidang pada hari ini 20hb. Julai 2008 mendesak agar semua pekerja Ladang Felda Plantition. yang berumur lebih daripada 40 tahun diperuntukan supaya mereka ini dimasukkan kedalam sistem peneroka. Sistem mula diasaskan ketika penubuhan FELDA dahulu.

3. Menyedari bahawa PTPTN ditubuhkan untuk membantu pelajar IPTA dan IPTS untuk meneruskan pembelajaran bagi mereka yang tidak berpeluang mendapat biasiswa, Menginsafi bahawa di kalangan masyarakat melayu adalah dari kalangan berpendapatan rendah.

UMNO Cawangan Kuala Rompin Mendesak agar PTPTN menghapuskan sistem yang diwujudkan pada januari 2008 yang berbunyi* Mulai 1 Januari 2008, pinjaman hanya dipertimbangkan kepada pelajar yang mempunyai akaun simpanan SSPN sekurang-kurangnya RM 3,000.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan RM2,000.00 ke atas dan RM500.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000.00;

Menyedari kedudukan dan ekonomi orang melayu ketika ini UMNO cawangan Kuala Rompin berharap PTPTN dapat kembali kepada syarat-syarat asal penubuhan PTPTN.


Bangunan UMNO Berjaya di Dirikan

13hb. mei 2009 tanggal keramat bagi UMNO Cawangan Kuala Rompin. Walaupun 13hb. adalah hari sejarah hitam bagi negara. Bangunan UMNO cawangan kuala Rompin telah mendapat kelulusan pada dasarnya tetapi dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Setelah perbincangan dibuat dengan pemaju tanggal 20hb. mei 2009, tapak bangunan akan di bersihkan ditambak dan di piling. Dijangka Jun 2010 bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin dapat diduduki sepenuhnya dengan izin Allah. UMNO Cawangan Kuala Rompin merasa bangga dengan terdirinya Bangunan tersebut. Selama 3 tahun penantian, kini UMNO Cawangan Kuala Rompin boleh dibanggakan kerana satu satunya UMNO Cawangan di Parlimen Rompin memiliki bangunan UMNO yang sama hebat dengan UMNO Bahagian Rompin.

Ahad, 10 Mei 2009

Bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin
































Perjanjian untuk mendirikan bangunan UMNO cawangan Kuala Rompin yang telah dimeterai pada 10hb. mei 2006. Setelah berbagai usaha dijalankan dan berbagai rentangan ditempuhi. Bangunan ini jika tidak ada halangan akan mula didirikan pada bulan jun 2009. Setelah selesai halangan yang ditempohi, seperti masalah masalah teknikal dari Majlis Daerah Rompin, Jabatan Parit dan Saliran, Bomba, indah Water dan Jabatan Kerja Raya. Walaupun tanah UMNO yang besar telah menjadi kecil hasil dari penyerahan kembali kepada kerajaan untuk membuat jalan dan saliran air untuk kepentingan masyarakat Bandar Rompin. Alhamdulilah Pejabat UMNO Cawangan Kuala Rompin akan beroperasi sebelum mesyuarat Agong UMNO pada tahun 2010. Dalam bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin yang mempunyai 3 tingkat. Tingkat bawah akan disewa kepada ahli untuk dijadikan restoran, tingkat ke dua akan menyediakan pejabat pentadbiran UMNO Cawangan Kuala Rompin dan menyediakan Pejabat ADUN Tioman dan Pejabat Pentadbiran Ahli Parlimen Rompin. Tingkat 3 akan dijadikan bilek Mesyuarat berhawa dingin. Sama-sama kita doakan agar Bangunan UMNO dapat didirikan seperti yang dirancangkan.

Bangunan ini pada mulanya telah diusahakan oleh Bekas Ketua Cawangan Allahyarham Tuan Haji Abdul bin Mat Sohor, setelah 2 tahun diusahakan beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2008. walau bagaimana pun projek ini dapat diteruskan memandangkan geran tanah UMNO cawangan Kuala Rompin dibuat atas nama Setiausaha. segala tanggung jawab terletak keatas setiausaha yang dilantik oleh ketua. Walau bagaimanapun selepas bangunan UMNO siap didirikan kuasa diatas Bangunan UMNO terletak diatas nama UMNO Cawangan Kuala Rompin. segala kuasa berkenaan harta tidak terletak diatas bahu setiausaha lagi, segala kuasa terletak dibawah perlembagaan UMNO yang sedia termaktub tentang kuasa harta UMNO Cawangan.








( Cadangan Bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin sebelum Projek ini diluluskan pembinaan ).

Jumaat, 8 Mei 2009

SEJARAH UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN
















Dalam Pencarian Sejarah UMNO Cawangan Kuala Rompin, Gambar yang ditemui hanyalah gambar kenangan selepas mesyuarat Agong UMNO cawangan Kuala Rompin pada tahun 1962. Didalam gambar tersebut terdapat Tuan Hj. Nik Ahmad bin Nik Hassan, Tuan Haji Ismail bin Abdullah dan beberapa orang lagi yang masih aktif dalam politik di sekitar Rompin. Ketika itu Wanita UMNO hanya 2 orang yang mendaftar sebagai ahli.

Khamis, 7 Mei 2009

Keindahan Pulau Tioman

Chalet milik bumiputra di Puluau Tioman

Keindahan diwaktu senja di Kg. Paya Pulau Tioman

Salah satu jeti kampung di Pulau Tioman

Pandangan dari Laut, Pusat Pentadbiran Pulau Tioman di Kg. Tekek

Pandangan dari laut salah satu tempat dalam perjalanan ke Kg. Juara, Pulau tioman