TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2009

BERITA SENSASI TAPI TIDAK BERNILAI

Sinar Harian Edisi Pahang hari ini 14hb Mei 2009 melaporkan di muka surat pertama, cabaran
oleh Ketua Penerangan Pas Pahang terhadap YAB Menteri Besar Pahang.
Cabarannya adalah untuk MB membuat laporan polis terhadap dakwaan bahawa ada terdapat "penipuan, peniruan, pembohongan saksi dan keputusan hakim" dalam kes yang dimenangi oleh Seruan Gemilang terhadap Pahang dengan jumlah penghakiman sebanyak RM63 juta.
Saya ingin tegaskan :
1. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang telah pun lama dulu membuat laporan polis dan perkara ini dalam siasatan oleh polis.
2. Perkara ini adalah dalam perbicaraan di Mahkamah dan ada "pending proceeding" di Mahkamah melalui kes Pahang Suing Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dan nombor kes adalah Mahkamah Tinggi Kuantan Guaman Sivil 21-11-2008.
Saya nasihatkan kepada pemimpin Pas itu jangan buat kenyataan yang tidak usul periksa.
Kepada Sinar Harian Edisi Pahang, perkara ini tidak perlu liputan media kalau hanya untuk nilai sensasi sahaja.

copy dan paste dari http://dongtalk.blogspot.com/

2 ulasan:

slyderrose berkata...

Ini hanya satu peringatan supaya tak ada kong kali kong. Lagi pun kalau dilihat media perdana memainkan isu-isu PR sampai berminggu-minggu dan siap interview orang ramai pulak. Ini kes lagi teruk. So, jangan le lupa pulak ya. Tengok muka sendiri dulu sebelum tuduh orang lain. Contoh kes derhaka, sampai sekarang tak habih-habih TETAPI the mother of all derhaka adalah umno bermula sejak 1992 lagi..Aaaissyeei sudah lupa ke dan benda ini ditutup terus olih puak-puak umno tetapi sejarah tidak berbohong dan berita lama ini memang tercatat dalam suratkhabar lama di arkib negara. Tolong tengok muka sendiri kat cermin>

YANG GAMBI berkata...

Memang dah keja PAS sentiasa mendedahkan keburukan orang, kat temapt ceramah, kalau tak hina dan maki hamun orang bukan PAS namanya.

Syabas UMNO Cwg Rompin dapat adakan blog sendiri, sampaikan berita yang benar, blog-bog pembangkang bnyk bawak cerita yang tidak benar, Islam lah katakan.......... deme buat fitnah tak pe........ itu kerja deme.........

http://yanggambi.blogspot.com