TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Rabu, 24 Jun 2009

PERSIDANGAN WANITA UMNO CAWANGAN ROMPIN


Wakil Wanita Bahagian Ustazah Normah binti Hussain yang bertudung merah.








Persidangan Agong Wanita UMNO Cawangan Kuala Rompin, yang diadakan pada hari kerja terpaksa menerima hakikatnya bahawa kehadiran ahli bagitu tidak menggalakan. Ahli yang hadir hanya 35 orang sahaja. Dalam mesyuarat tersebut tidak ada usul yang dibentangkan kerana Ketua Wanita Cawangan tidak dapat hadir kerana masalah besar yang tidak boleh ditinggalkan, bagitu juga setiausaha yang terpaksa di masukkan Hospital akibat Jangkitan kuman di limpa.

Walaubagaimanapun mesyuarat diteruskan dengan kerja keras Naib Ketua Wanita dan AJK lain. Dalam ucapan Naib Ketua memohonan maaf jika berlaku kecacatan dalam mesyuarat kali ini, masalah yang diterima bagitu mendadak. Memandangkan masa untuk Persidangan hampir ke tarikh Akhir. Persidangan perlu diteruskan.

Wakil Wanita Bahagian Ustazah Normah binti Hussain mengucapkan taniah walaupun tanpa ketua dan setiausaha Wanita Cawangan Rompin dapat menjayakan Persidangan. Jumlah kehadiran Ahli boleh dibanggakan. Ustazah Normah juga berharap agar ahli wanita Cawangan Rompin dapat membantu dalam memberi penerangan tentang Satu Malaysia dan lain-lain perkara yang di rancang oleh YAB Dato' Sri Najib. Dalam Ucapan Perasmian Ustazah Normah juga banyak memberi penerangan tentang isu semasa yang bergolak dalam negara seperti Kerajaan Perpaduan dan syarat yang di letakkan oleh Pakatan Rakyat.

Akhir sekali Wakil wanita cawangan ke Bahagian ialah 1. Fatimah binti Ali dan Puan Hazizah



Catitan

Puteri Cawangan bersidang pada 20hb. jun 2009
Pemuda akan bersidang pada 27.jun 2009
dan
Cawangan UMNO Kuala Rompin akan Bersidang pada
28hb. jun 2009
Jam 9.00 pagi
Tempat : Rompin Beach Resort, Rompin.

esday, June 24, 2009

Shahrukh Khan Murtad Dan Boleh Dibunuh! - Mufti India


Datuk yang menerima gelarannya dari kerajaan negeri Melaka ini difatwakan murtad!


Sebuah madrasah agama Islam di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khank kerana kenyataannya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Sebelumnya Shahrukh Khan yang banyak digilai para peminat wanita ini dalam sebuah wawancara di sebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berpengaruh sepanjang sejarah dunia, malah tidak setanding dengan populariti Adolf Hitler dan Winston Churchill.

"Seseorang yang membuat ucapan seperti Shahkhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam," kata fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari Madraasah Darul Ulum Mazharil Islam., India. "Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuat komentar seperti itu harus mempertanggung jawabkan kenyataanya dengan dibunuh. Pernikahan Shahrukh Khan juga tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal dan jatuh kafir serta dia tidak boleh dikebumikan dalam tanah perkuburan kaum Muslimin. Orang seperti itu harus segara bertaubat dan meminta maaf untuk kembali ke dalam Islam," kata fatwa tersebut.

Shahrukh Khan dengan tegas menolak komen yang diberikannya di majalah itu dengan menyatakan majalah tersebut tersalah tulis apa yang diucapkannya.

Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristeri seorang penganut agama Hindu.

(Terjemahan bebas dari: http://www.eramuslim.com/)

Rabu, 17 Jun 2009

SARANG BURUNG WALIT MENYERANG ROMPIN

( Salah satu Sarang Burung Walit di Rompin )






Daerah Rompin, Khasnya Bahagian Pantai, Serangan atau pembangunan Industri Sarang Burung Walit berkembang pesat. Permulaannya di kawasan Bandar Rompin, Kini menjelajah hingga ke Kampung Kedaik ( Perkampungan Orang Asli hingga Ke Tanjung Gemok. Kalau di kira sarang burung Walit yang Sah dan Haram tidak kurang dari 100 buah,

Dalam pembanguan Sarang Burung Walit yang dalam permohonan atau telah diluluskan tidak kurang dari 200 buah lagi akan beroperasi. Satu lagi kuasa membeli tanah dan penjualan tanah dalam daerah Rompin melambung tinggi. Jika sesuatu kawasan dahulu harganya lebih kurang 10 hingga 20 ribu seekar sekarang melambung hingga 50 hingga 60 ribu seekar. terutama kawasan berhampiran ladang sawit/sawah padi atau tepi sungai.

Akibat jualan Rumah yang dibina mulai kurang pembeli di Rompin, Aktiviti pembangunan sarang burung walit menjadi keutamaan. Pendapatan lumanyan, Burung Walit di Rompin, jika pengemarnya datang tidak perlu menunggu sehingga petang atau tidak perlu memasang alat bunyi untuk menentukan ada atau tidak burung walit disasuatu tempat. Hanya sekadar mendongak kearah langit anda akan dapat melihat burung walit berterbangan paling kurang 2 ekor. kawasan yang berpotensi dan masih belum diterokai, Sekitar Ladang Yayasan di Mukim Endau, Sekitar Mukim Rompin antara Leban condong ke Muadzam Shah, Sekitar Kampung Aur dan Bukit Ibam, Sekitar Kampung Meripoh dan Kampung Tradisional/ Perkampung Orang Asli berhampiran Sungai. Sungguh Banyak Burung Walit. Kepada penduduk di Kampung-kampung tersebut. Berwaspada tentang harga tanah dan penjualan tanah nanti " Putih mata melihat kekayaan milik orang ditanah sendiri".


Burung Walit di dalam Rumah Sarang burung ( Jika kedudukan burung dalam rumah ini bagini caranya tidak kurang dari RM10,000.00 sebulan pendapatannya ).

Jumaat, 12 Jun 2009

PERSIDANGAN AGONG CAWANGAN, PEMUDA, WANITA DAN PUTERI UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN




PERSIDANGAN AGONG UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN

Tarikh : 28hb. Jun 2009 Jam 2.30ptg.
Tempat : Rompin Beach Resort, Rompin, Pahang

Semua Ahli Umno Cawangan Kuala Rompin dijemput hadir


Persidangan Agong Pemuda, Wanita dan Puteri

Tarikh : 27hb. Jun 2009
Tempat : Puteri In , Rompin.
Masa : Puteri 9.00pagi
Wanita 2.00petang
Pemuda 8.30malam.

Semua ahli Puteri, Wanita dan Pemuda dijemput hadir.

Isnin, 8 Jun 2009

Manik Urai Milik Siapa

Siapa yang akan menang akan di tentukan seawal 6hb. Julai ini , iaitu pada hari penamaan calon. Ini kerana Faktor calon adalah faktor mutlak yang akan membawa kemenangan di Manik Urai. Kedudukan pengaruh PAS dan UMNO adalah hampir seimbang. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu Ismail Yaacob(Allahyarham) Timbalan Yang Di Pertua Pas Kuala Krai telah menewaskan Mohamed Zulkifli Omar (yang lebih di kenali dengan panggilan Zuki ) Ketua Pemuda Umno kuala Krai dengan majoriti 1,352. Saudara Zuki adalah penyandang ketika itu dimana beliau telah berjaya menewaskan Ustaz Zamzuri Mat Lazim dalam PU ke 11 dengan majoriti tipis 53 undi. Bagi menjadikan pilihanraya DUN Manik Urai ini nanti sebagai pertemuan buku dengan ruas, memilih calon yang tepat adalah menjadi satu kepastiaan oleh Pas maupun Umno.

Calon yang bakal di tonjolkan oleh Pas dan Umno mestilah terdiri anak tempatan yang bermaustautin di Mukim Manik Urai. Manik urai di gembar gemburkan sebagai kubu kuat Pas, ini kerana sepanjang pilihanraya Pas cuma kalah 2 kali. Kekalahan Pas pada pilihanraya 2004 di katakana oleh faktor calon. Saya berpendapat, Umno perlu mencari 2 orang calon anak tempatan. Seorang sebagai bakal calon dan seoarang lagi akan bertanding sebagai calon bebas. Jika calon bebas boleh menarik undi sekitar 300 undi, Umno boleh menang. Calon bebas boleh meraih undi lebih dari 300 undi jika beliau terdiri dari anak tempatan yang dikatakan pengundi akan ‘malu mata’ dengannya, juga mempunyai anak beranak atau kaum kerabat yang ramai di kawasan DUN Manik Urai.

Umno di jangka mencalonkan Naib Ketua Bahagiannya iaitu saudara Abdul Jalal b. Muda (Lebih di kenali dengan panggilan Abg Jalal Pak Muda) yang kini menetap di Mukim Manik Urai-Jalal bukan anak tempatan, cuma dia sudah lama menetap di situ. Namum begitu di kabarkan beberapa orang lagi sedang melobi supaya di pilih sebagai bakal calon Umno. Umno Bahagian Kuala Krai di katakan senentiasa berpuak-puak setiap kali tiba musim pilihanraya. Mana-mana tokoh yang tidak terpilih akan melakukan aktiviti tikam belakang dan Chah keting kepada calon yang dipilih. Semua orang kuat Umno Kuala Krai tahu perkara ini. Politik Umno kuala Krai sudah lama bermasalah. Harap Datuk Pha (Mustaffa Muhammed) yang baru di lantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dapat menyelesaikan perkara ini. Persoalannya,dapatkah Datuk Ramzi selaku Ketua Umno Bahagian kuala krai yang telah tidak di beri apa-apa jawatan penting dalam badan perhubungan, bekerjasama dengan Datuk Mustaffa ? copy and paste http://sdp5157.blogspot.com/

Khamis, 4 Jun 2009

PENYU TARIKAN BARU DI PULAU TIOMAN


PULAU Tioman, yang sememangnya terkenal dalam persada industri pelancongan dunia, kini boleh berbangga dengan tarikan barunya iaitu penyu.

Keindahan pulau itu yang dikaitkan dengan lagenda sepasang naga itu bukan sahaja menjadi tarikan kepada mereka yang mahu menyatukan diri dengan alam semulajadinya, malah pulau itu turut menjadi tarikan reptilia marin penyu agar (Chelonia Mydas) dan penyu karah (Eretmochelys Imbricata) untuk kesinambungan spesiesnya.

Pada tahun lepas, sebanyak 90 sarang telur kedua-dua jenis penyu tersebut berjaya direkodkan dan 60 peratus daripadanya menetas dengan selamat.

Menyedari pentingnya usaha memulihara spesies terancam itu, sebuah lagi pusat pemuliharaan dan penetasan penyu spesies agar dan karah telah dibina dengan kos sebanyak RM25,000 di pantai Teluk Sri Intan, di pulau berkenaan.

KESESUAIAN PANTAI

Menurut Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Ayob, lokasi terbaru berkenaan di pilih Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) berdasarkan kesesuaian pantainya yang sering menjadi tumpuan kehadiran penyu spesies berkenaan.

"Pusat ini diadakan supaya dapat menggiatkan aktiviti pemuliharaan penyu di Pulau Tioman dan seterusnya populasi penyu di pulau ini akan terus berkekalan dan bertambah.

Menurut Junaidi pada lazimnya, musim pendaratan penyu berkenaan bermula Mac sehingga Oktober setiap tahun.

"Pihak kami juga berharap agar seluruh penduduk tempatan melibatkan diri dalam usaha pemuliharan penyu supaya ia berasa terjamin dan selamat untuk terus mendarat dan bertelur di setiap pantai di sini", katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Junaidi, pusat pemuliharaan terbaru berkenaan yang dinamakan "Tengku Arif Temenggung (TAT) Sanctuary Teluk Sri Intan", adalah pusat penetasan ketiga di pulau itu selepas Teluk Baruk dan Pasir Mentawak di Kampung Juara, Pulau Tioman.

TAT SANCTUARY TELUK SRI INTAN

TAT Sanctuary Teluk Sri Intan diilhamkan oleh pihak Istana Pahang sebagai usaha untuk memulihara reptilia marin itu daripada diancam kepupusan.

Sehubungan JPM telah memberikan bantuan teknikal bagi menjayakan program-program pemuliharaan penyu di pulau berkenaan.

Menurut Junaidi, dua ekor ibu penyu agar dan karah telah dicatatkan mendarat dan bertelur sebanyak 195 biji pada 27 April dan 7 Mei lepas dan ia ditanam di Pantai Teluk Sri Intan.

"Sebelum itu, sebanyak 1,800 biji telur penyu ditanam di lokasi berkenaan dan sebanyak 100 ekor anak penyu dilepaskan di perairan berkenaan," katanya.

PEMULIHARAAN PENYU

Sebagai langkah pemuliharaan di pusat penetasan Teluk Sri Intan, telur penyu yang dihasilkan akan dipindahkan ke dalam kotak styrofoam (kotak berwarna putih) yang berisi pasir untuk dieramkan.

Sebagai keselamatan, telur tersebut kemudian akan ditanam ke dalam sarang dengan kedalaman antara 45 sentimeter (cm) sehingga 60 cm.

Sarang tersebut kemudian akan dikelilingi pagar dawai supaya anak tetasannya nanti selamat daripada ancaman pemangsa seperti biawak.

Selepas itu, papan tanda di setiap sarang dengan bertulis spesies penyu, tarikh bertelur dan jumlah telur yang ditanam akan dipacakkan di setiap sarang bagi tujuan pengurusan.

Akhirnya, dalam tempoh 45 sehingga 65 hari, telur-telur itu mula menetas dan anakanak penyu itu akan dilepaskan ke laut pada waktu malam bagi mengurangkan risiko ancaman ikan yu dan helang.

Junaidi berkata pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa lagi lokasi yang berpotensi sebagai pusat pendaratan penyu di pulau itu.

"Lokasi terbabit ialah Pantai Pasir Munjur, Teluk Saing dan Teluk Penut, kita berharap usaha pemuliharaan spesies penyu ini akan menjadi tarikan baru di Tioman, kita juga amat berharap populasi reptilia marin tersebut dapat dipulihara sebaiknya untuk generasi akan datang", katanya.

TAT Sanctuary Teluk Sri Intan itu telah dirasmikan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 9 Mei lepas.

Pada majlis berkenaan, Sultan Pahang turut berkenan menanam sembilan biji telur selain melepaskan sembilan ekor anak penyu di perairan yang sama. BERNAMA