TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Khamis, 30 Julai 2009

AHLI PARLIMEN ROMPIN DILANTIK SEBAGAI DUTA BERTARAF MENTERI


Bekas Menteri Sains Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dilaporkan akan menerima watikah perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Selasa depan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, perlantikan beliau adalah bertaraf menteri. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika dihubungi enggan memberikan ulasan mengenai perkara berkenaan. Dalam nada ceria beliau hanya berkata, "tunggulah". Nama beliau telah disebut beberapa kali sebelum ini untuk dilantik sebagai Duta ke Amerika Syarikat tetapi beliau enggan memberikan sebarang ulasan mengenai perkara tersebut. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk JJ dilihat sebagai tokoh yang sesuai untuk mengisi jawatan berkenaan memandangkan hubungannya yang luas dengan pelbagai sektor di peringkat antarabangsa baik perniagaan mahupun politik. -sumber agendadaliy

Rabu, 29 Julai 2009

TAHAP PENCAPAIAN PROJEK BANGUNAN UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN, PAHANG

Setelah lebih sebulan tahap pencapaian Bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin mula menampakan asas bangunan. Bangunan ini jika tidak ada halangan akan siap pada akhir bulan Julai 2010.












Selasa, 28 Julai 2009

KELUARGA TEOH KE PUTRAJAYA - TEMUI DS NAJIB



Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Teoh Leong Hwee, 62, bapa mendiang Teoh Beng Hock dalam satu pertemuan di pejabatnya hari ini. Hadir sama ibu mendiang, Teng Shuw Hor (lima, kiri) dan anggota keluarga yang lain. Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam dipercayai akibat terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 16 Julai lepas. --fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menemui anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pada pertemuan itu, atas undangan Perdana Menteri, Najib sekali lagi menyampaikan takziah kepada bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee, emaknya, Teng Shuw Hor, abangnya, Beng Kee, adik perempuannya, Lee Lan, dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.

Najib memberitahu keluarga Teoh bahawa beliau dan semua anggota kabinet memandang berat kejadian yang menimpa Teoh.

"Apa saja yang perlu akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan jika ada sebarang salah laku, tindakan pasti akan diambil," kata Perdana Menteri kepada keluarga Teoh pada pertemuan selama 30 minit itu yang bermula sekitar 7.30 malam.

Teoh, 30, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, ditemui mati terjatuh di aras lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna dana oleh beberapa wakil rakyat Selangor.

Najib juga menjelaskan kepada keluarga Teoh bahawa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja dan inkues merupakan pendekatan serentak bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Inkues itu merupakan satu tuntutan undang-undang dalam kes seperti ini yang melibatkan kematian mengejut manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja itu ditubuhkan bagi tujuan meneliti aspek prosedur SPRM dalam menjalankan siasatannya.

Najib berkata bahawa pendekatan itu akan dapat memastikan sama ada mana-mana aspek atau tindakan yang diambil, mungkin ada kaitan atau menyebabkan kejadian itu.

Katanya hasil penemuan siasatan itu akan dianggap sebagai input kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja itu.

Kepada permintaan keluarga berkenaan agar anak Teoh menggunakan nama keluarga Teoh selepas dilahirkan nanti, Najib berkata beliau akan meminta Peguam Negara dan jabatan-jabatan berkaitan mencari penyelesaian.

Soh, 28, seorang guru sekolah di Semenyih, kini mengandung dua bulan.Yang turut hadir pada pertemuan itu ialah bekas setiausaha agung DAP, Kerk Kim Hock, yang mempunyai pertalian keluarga dengan Teoh. BERNAMA




Sabtu, 11 Julai 2009

PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN SELESAI

Alhamdulillah Berakhirnya bulan Jun 2009. Selesai sudah mesyuarat Agong UMNO Cawangan Kuala Rompin, Pemuda UMNo Cawangan, Wanita UMNO Cawangan dan Puteri UMNO Cawangan.

Hasil dari mesyuarat Cawangan yang diadakan dengan kehadiran lebih dari 125 orang ahli telah menetapkan wakil cawangan ke mesyuarat Bahagian seramai 5 orang. Mereka ialah

1. YB. Kapt(B) Johari bin Hussain

2. Sdr. Ahmad bin Kassim

3. Tuan Haji Mokhtar bin Awang.

4. Puan Patimah binti Ali

5. Sdr Azmi bin Zainuddin

6. Sdr. Yahya bin Kadir .

Walau bagaimana pun tempat YB. Johari bin Hussain telah melantik Cik Zuraina binti Jaafar. Kerana YB. Johari adalah salah seorang AJK Bahagian.

Pencalunan bagi wakil bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia pencalunan telah dibuat seramai 7 orang.

1. YB. Kapt(B) Johari bin Hussain

2. Sdr. Wan Kadri bin Wan Mahusain

3. En. Mohd. Badrul Merzan bin Mohd. Piah

4. Azmi bin Zainuddin

5. Ahmad bin Kassim

6. Tuan Haji Mokhtar bin Awang

7. Yahya bin Kadir

Mesyuarat yang diadakan penuh harmoni dan kerjasama yang memuaskan dari ahli.