TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Jumaat, 21 Ogos 2009

JKKK perlu mampu merasai denyut nadi masyarat setempat


KUALA ROMPIN - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu mampu merasai denyut nadi permasalahan masyarakat di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Kapten (B) Mohd Johari Hussain berkata, sebagai ‘jari-jari’ kerajaan negeri, JKKK tidak boleh menjadi kaku atau tidak berfungsi dengan baik menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Menurutnya, dengan adanya JKKK yang berfungsi baik di setiap kampung, apa jua perancangan dan pelan tindakan kerajaan akan terus sampai kepada golongan sasaran.

“JKKK merupakan nadi kerajaan dan berfungsi sebagai barisan hadapan yang mengetahui permasalahan dan kehendak rakyat di peringkat akar umbi sebelum disampaikan kepada kepimpinan negeri,” katanya ketika ditemui pada Program Info Bestari dan Mesra Rakyat.

Mohd Johari berkata, JKKK harus bijak mentadbir kampung supaya persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan yang mentadbir dapat dileraikan dengan tenang dan profesional.

“JKKK perlu diberikan maklumat secukupnya serta dibekalkan dengan ilmu.

“Melalui pendedahan sebegini, kerajaan percaya JKKK akan mendapat pengetahuan secara asas berhubung peranan mereka serta tanggungjawab kepada masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu juga, beliau mahu semua JKKK menggerakkan pemuda di kampung masing-masing dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti mengawal keselamatan kampung.

Beliau berkata, peranan generasi muda dalam membantu pentadbiran kampung dapat menghindari mereka daripada gejala sosial yang sering berlaku melibatkan golongan berkenaan.

“Bila mereka (generasi muda) ini diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk membantu pentadbiran JKKK, saya percaya golongan ini boleh memainkan peranan mereka dengan lebih baik lagi seterusnya menghindari gejala tidak sihat,” katanya.

Tiada ulasan: