TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Khamis, 6 Ogos 2009

ROMPIN MASIH ADA PEMIMPIN


Pada 4hb. Ogos 2009 Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada bakal Duta Besar ke Amerika Syarikat, Dato’ Sri Dr. Jamaludin Jarjis, di Istana Negara. Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu akan mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Rajmah Hussain yang telah bersara pada Jun tahun lepas.

Sekalung tahniah kepada Dato’ Sri JJ, juga Ahli Parlimen Rompin dan Ketua UMNO Bahagian Rompin yang telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri. Sebelum ini, Rompin telah dianugerahkan seorang Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia, YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, merangkap ADUN Muadzam Shah dan YB Dato’ Mohamad Shafri Abd Aziz, dilantik Exco Kerajaan Negeri Pahang, ADUN Bukit Ibam.

Rompin, juga tidak ketandusan tokoh kepimpinan yang berwibawa sebelum kemunculan tiga tokoh tersebut, Dato’ Hasan Arifin juga pernah dilantik jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang, bekas ADUN Tioman dan Bukit Ibam yang sekarang ini memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin. Di atas perlantikan Dato’ JJ sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat, sementara waktu ketiadaan Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Rompin dibarisi Timbalan Ketua, Dato’ Hasan Arifin, Naib Ketua Dato’ Maznah Mazlan dan Ketua Pemuda Dato’ Mohamad Shafri.

yanggambi mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri JJ dan selamat menjalankan tugas di Amerika Syarikat bermula dari September 2009

KOMEN

Dengan adanya kepimpinan seperti YBHG. Dato’Haji Hasan bin Arifin, Dato’ Maznah Mazlan, Dato’ Mohd Safri dan ADUN Tioman Johari bin Hussain rakyat di parlimen Rompin tidak perlu pilihanraya yang dicanangkan oleh blog blog Pakatan Rakyat. Kepimpinan kami masih boleh bergerak dan memajukan Rompin. Insyaallah.




3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam UMNO Cawangan Rompin,

Kawan setuju komen deme, Rompin tidak ketandusan pemimpin yang berwibawa.

Dato' Hasan, Kept Jo anak Rompin yang mampu membangunkan warga Rompin, kalau pun DS JJ tak de.... PKR, PAS jangan nak berangan-angan....

UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN berkata...

TERIMA KASIH YANG GAMBI

gengsahabat berkata...

lihat dan dengar kenyataan DS NAJIB..ROMPIN ADA PASUKAN YANG KUAT UNTUK MEMBANTU DSJJ...KITA SEMUA AKAN PASTIKAN SEGALANYA BERJALAN LANCAR...ASAL JANGAN ADA YANG MEMANDAI NAK TUNJUK JAGUH..