TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Isnin, 17 Ogos 2009

SELESAI SUDAH PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN ROMPIN



Selesai sudah persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rompin yang dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam ucapaannya serba sedikit dia menyentuh beberapa perkara seperti

Masyarakat Melayu telah diajar turun temurun dengan sifat-sifat mengenang jasa atau budi, anak-anak masyarakat Melayu wajib mengenang jasa ibubapa yang melahirkan, membesarkan serta mendidik mereka sehingga dewasa, sehingga menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berguna serta berbakti kepada kepada ibubapa.

Budaya mengenang budi diperturunkan kepada generasi ke generasi dalam masyarakat Melayu bukan sahaja ditumpukan kepada ibubapa, tetapi kepada masyarakat seluruhnya, khusus juga kepada guru-guru dan para pemimpin yang telah berbudi dan berjasa.

Budaya mengenag jasa atau budi ini semakin hari semakin telah mula lenyap dari kalangan masyarakat Melayu dengan kehadiran elemen-elemen baru yang mengubah pemikiran dan budaya mereka. Budaya tidak mengenag jasa atau budi yang telah menular ini, mesti diterapkan serta di bendung semula, kalau tidak ianya dikhuatiri akan menular dikalangan anak-anak yang tidak ada sifat-sifat mengenang jasa dan budi kepada ibu bapa.

Itulah sebahagian ucapan YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rompin, Pahang di Auditorium UNITEN, Muadzam Shah pagi tadi.

Mengulas ucapan Shafie, masyarakat Melayu sekarang agak sudah jauh hanyut dengan budaya mengenang jasa, orang Melayu sudah pandai mengenepikan budaya ini apabila telah ditenggelamkan dengan dakyah dan hasutan dari kalangan orang Melayu sendiri yang terlalu mengejar kuasa dan jawatan.

Sebahagian besar umat Melayu telah melupakan jasa-jasa kepimpinan UMNO terdahulu yang berjuang untuk memartabatkan bangsa dan agama. UMNO memulakan tanggungjawab memerdekakan bumi Melayu dan umat Melayu dari penjajahan, kepimpinan UMNO yang bermula dari Tunku Abd Rahman, diteruskan oleh Tun Abd Razak, Tun Husien Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan dipertanggungjawabkan pula kepada Dato’ Sri Najib untuk meneruskan pembangunan bangsa Melayu melalui pendidikan dan ekonomi.

Orang Melayu jangan lupa, kerana kebijaksanaan kepimpinan UMNO telah meletakkan taraf orang Melayu daripada tidak berpedidikan sehingga melahirkan ramai cerdik pandai dari kalagan orang Melayu termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada sekarang. Selain pembangunan akademik, UMNO juga merancang dasar-dasar pembangunan ekonomi, pembangunan kekeluargaab dan kemudahan-kemudahan asas dalam masyarakat Melayu diseluruh Negara.

Orang Melayu termasuk pemimpin-pemimpin PAS & PKR tidak harus menafikan jasa-jasa yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO dalam menerajui kerajaan Melaysia untuk memartabatkan bangsa dan agama. Janganlah kerana, terlalu taksub dengan dakyah orang-orang tertentu yang begitu rakus serta bernafsu kuat untuk menrebut kuasa dan jawatan, kita berterusan hanyut sehingga membuang jauh-jauh budaya mengenang jasa dalam pemikiran kita.Jangan jadikan diri kita golongan Melayu yang sudah hilang nilai-nilai budaya mengenag jasa UMNO kerana hasutan pengkhianat-pengkhianat ini walaupun begitu jelas dan nyata bagaimana golongan pengkhianat ini sanggup menggadai maruah bangsa dan agama semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan jawatan.



1 ulasan:

gengsahabat berkata...

tahniah kepada UMNO Rompin YANG TELAH BERJAYA MENGADAKAN MESYUARAT PERWAKILAN....SAMA-SAMA KITA BERUSAHA AGAR UMNO INI DAPAT DIRAKYATKAN..