TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Khamis, 6 Ogos 2009

TIDAK MENJADI MASALAH BAGI PENDUDUK ROMPIN


Kerajaan Barisan Nasional dicadangkan agar meminta Datuk Dr Jamaluddin Jarjis melepaskan jawatannya sebagai anggota Parlimen Rompin sebelum beliau berlepas ke Amerika Syarikat selepas dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke negara itu.

Inilah pandangan umum bagi memastikan rakyat kawasan Rompin mempunyai wakil rakyat yang berkhidmat.

Semalam Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri kepada Jamaluddin.
Persoalannya Kenapa beliau dihantar bertugas jauh dari pengundinya?
Kepada siapa orang di parlimen Rompin hendak mengadu nasib selepas ini...?
Sia sia kalau Mp yang dipilih susah nak dihubungi dan tidak dapat berkhidmat untuk kawasan..
jadi layakah beliu di panggil wakil rayat Rompim ?

Petikan dari : http://batuvskayu.blogspot.com/


Komen

Walaupun jauh dari Rompin apakah Dato' Sri tidak boleh berkerja, beliau telah melantik wakilnya disetiap ADUN. Tentu dia akan melantik seorang dua yang akan menjalankan peranan bagi kemajuan Rompin. Bagi kami jauh atau dekat tidak ada masalah. yang pasti hasrat rakyat tercapai.

1 ulasan:

double red dragon berkata...

salam muhibah untuk semua forumer...

Sebagai anak jati Rompin dan warga pendidik disini... Saya berbesar hati mengucapkan TAHNIAH diatas perlantikan DS JJ sebagai DUTA BESAR ke AMERIKA SYARIKAT..
Perlantikan beliau amat tepat sekali berbekal latar belakang beliau dalam politik yang sangat luas..
Sebagai anak jati Rompin ... Beliau telah memimpin Rompin sebagai salah satu daerah yang mampu berdaya saing dari segi kemudahan dan infrastruktur yang boleh dibangga kan....

Perlantikan beliau amat tepat sekali... TAHNIAH DS JJ dan bagi rakyat rompin ini merupakan hadiah serta BONUS dari PM kepada kami rakyat Rompin ...

Perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat dikawasan ini tidak akan terjejas walau pun beliau berada di seberang laut... ini kerana beliau mempunyai kaedah dan pendekatan yang tersendiri bagi memastikan daerah rompin dan kebajikan rakyat diutamakan dan didahulukan ...

DS JJ mempunyai rangkaian pembantu yang sentiasa bekerja keras bagi memastikan kehendak dan keperluan rakyat disini diutamakan ....
Sebagai contoh .. terdapat 5 pembantu mengikut kawasan-kawasan didaerah rompin yang akan mengendalikan setiap kawasan tersebut sebagai NADI bagi menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh rakyat ... selain itu beliau mempunyai pembantu-pembantu yang ditugas khas mengikut golongan antaranya golongan ketua-ketua kampung , pemuda pemudi rompin,warga emas , ibu -ibu tunggal ,serta golongan guru yang sentiasa berada dibelakang beliau, akan memastikan kebajikan dan masalah meraka akan dijaga dan terpelihara.

Jadi.. tidak perlu rasanya orang lain mempertikaikan kebolehan beliau dalam mentadbir rompin.kerana Kami orang rompin amat faham dan tahu bahawasanya KAMI tidak terabai...

SUARA DARI GURU ROMPIN ...