TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Selasa, 29 September 2009

TANIAH ISA SAMAD CALUN BN BAGAN PINANG



Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di sini, sebentar tadi.

Bercakap secara ringkas di hadapan tetamu yang hadir, Isa berkata, beliau berjanji akan bekerja keras untuk memastikan kerusi DUN Bagan Pinang akan terus kekal menjadi milik BN.

"Nampaknya ISA masih diperlukan, jangan hapuskan ISA.

"Saya percaya kita akan menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dengan sokongan padu semua pihak.

"Kita akan terus pertahankan kerusi ini malah akan berusaha untuk tambah majoriti," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh penyokong-penyokong BN yang hadir. Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 11 Oktober manakala penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

KOMEN

Taniah kepada Tan Sri Isa Samad. Itulah yang kita harapkan suara Bahagian, cawangan didengari.




MINTALAH UPNM DIDIRIKAN DI KUALA ROMPIN !

( GAMBAR HIASAN )


Saya sebagai penduduk Rompin, dan merasakan pembangunan perlu di adakan dari semasa kesemasa, dirasakan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM ) yang akan didirikan di Negeri Pahang dengan izin, ingin agar dapat didirikan di pesisiran Pantai di Kuala Rompin. Tanah-tanah Kerajaan masih ada di Rompin seperti di Kampung Mempisang, Tg. Gemok , di Mukim Pontian, malah masih terdapat banyak tanah kerajaan di Mukim Rompin.

Dengan terdirinya Universiti Pertahanan di Daerah Rompin bahagian Pantai kita dapat mengadakan satu Universiti yang serba lengkap, termasuk ijazah yang bersangkutan dengan Laut.

Tentang perhubungan rasanya tidak menjadi masalah jika perancangan serentak dapat dibuat. Kita boleh membuat jalan pintas dari Felda Selendang ke Felda Selancar untuk ke Segamat Johor, Kita boleh naik taraf jalan Muadzam Shah, Bandar Melati dan terus ke Bera.

Dengan menempatkan Universiti Pertahanan di Kuala Rompin, Pembangunan Daerah-daerah di Negeri Pahang seimbang dimana ketika ini pembangunan di Rompin tidak serancak daerah lain.

Dengan munculnya jalan Selendang/Selancar dan naik taraf jalan Muadzam Shah/Bandar Melati/Bera penduduk sepanjang jalan tersebut akan merasa tempias pembangunan tersebut. Rasanya bukan saya seorang yang menyokong agar UPNM didirikan di Rompin malah hamper sebahagian besar rakyat di Rompin bersetuju. Setiap pembangunan perlu dirasi oleh rakyat. Jika didirikan di Kuantan, pembangunan yang akan wujud dalam Negeri Pahang tidak seimbang.

Apa-apa pun melalui blog ini saya memohon agar dapat kiranya Perdana Menteri kita dapat memberi sedikit nafas untuk pembangunan Kuala Rompin dalam mengejar kea rah Negara Maju tahun 2020.



RIBUT MERANAPKAN BUMBUNG LEBIH 20 BUAH DI KUALA ROMPIN

( SALAH SEBUAH RUMAH DI KG. PULAU LANG )



Isnin 28hb. September 2009. Kejadian ribut berlaku di Rompin lebih kurang jam 4.00ptg hingga 5.00ptg. lebih dari 20 buah rumah bumbung diterbangkan oleh angin. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Taman Perumahan Kos Rendah Sungai Puteri, Kampung Sungai Puteri dan Kampung Pulau Lang Kiri dan Kampung Pulau Lang Kanan. Menurut seorang mangsa Puan Aminah yang tinggal di Kampung Pulau Lang Kiri, Kejadian berlaku ketika Masjid Lama sedang mengalunkan Azan solat asar, awan hitam bergerak laju dari barat, selepas selesai Azan dari Masjid Lama Rompin, Ribut mula mengganas. Ketika dia sedang mengambil air sembahyang didalam bilik air, tiba=tiba bilik tersebut menjadi terang, apabila dia melihat keatas yang Nampak hanya lagit hitam, zink yang ada telah diterbangkan ke halaman rumahnya.

Selepas hujan teduh dia dan anaknya keluar mencari zink, dengan bantuan jiran rumahnya siap memasang zink pada petang itu juga dan siap sebelum waktu berbuka puasa 6. Ibu tunggal ini adalah salah seorang dari mangsa ribut di Kampung Pulau Lang Kiri. Mangsa-mangsa yang teruk terjejas ialah kedai makanan panas di Kg. Sungai Puteri, gerainya runtuh keseluruhan dan perniagaannya terpaksa dihentikan dan pembinaan gerai terpaksa dilakukan jangka masa yang dianggarkan memakan masa satu hingga dua bulan.

Bagitu juga Penghuni rumah kos rendah sungai Puteri, kerja-kerja baik pulih terpaksa dilakukan kerana ditakuti hujan akan terus berlaku akibatnya rumah dibanjiri air hujan. Terdapat sebuah rumah di Kampung Pulau Lang Kiri yang masih kekal dengan runtuhan kerana tidak mampu untuk perbelanjaan baik pulih. YB. ADUN Tioman yang mengadakan lawatan dan merasmikan Program di Pulau Tioman tidak dapat pulang pada petang 28hb. September 2009 kerana ribut kuat di Laut. YB. Dijangka balik pada pagi ini 29hb. September 2009 untuk menziarahi mangsa ribut.

29hb. September 2009

8.00pagi - Dato’ Pegawai Daerah Rompin telah melawat semua mangsa Ribut.

8.30 pagi - Semua mangsa membuat laporan Polis

9.00 pagi - Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin Menjalankan

bancian rumah ke rumah mangsa Ribut.



Khamis, 24 September 2009

SULTAN PAHANG INGIN UMNO/BN KEKAL MEMERINTAH


Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mampan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-dua belah sungai berkenaan.

"Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satu jam sebelum ini yang jaraknya sejauh 55 kilometer.

"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad Said, Anggota Dewan Undangan Negeri Jenderak Datuk Mohamad Jaafar dan Pegawai Daerah Temerloh Datuk Dr Salehudin Ishak.

Dalam pada itu, baginda turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membina laluan motosikal bagi menjamin keselamatan penunggang yang melalui jambatan berkenaan.

Terdahulu, Pengarah JKR Pahang Datuk Ir Rosman Yahaya dalam taklimat ringkas kepada baginda berkata, jambatan yang mula dibina pada Ogos 2007 itu dijangka siap pada Februari tahun depan di mana kini ia sudah 82 peratus siap.

Katanya jambatan empat lorong sepanjang 490 meter dan lebar 13.9 meter itu mempunyai reka bentuk yang menarik dan bakal menjadi mercu tanda bagi kawasan Parlimen Kuala Krau. BERNAMA


BAGI MALAYSIA ISU PENDET dan PULAU JEMUR DAH SELESAI



BANDUNG, 24 Sept (Bernama) -- Isu tuduhan kononnya Malaysia mengambil tarian Pendet dan Pulau Jemur Indonesia untuk tujuan promosi pelancongan, yang terbukti tidak berasas dan sama sekali tidak tepat, telah dianggap selesai dengan penjelasan bukan saja oleh kerajaan Malaysia tetapi juga oleh pemerintah Indonesia sendiri.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Indonesia Raja Reza Raja Zaib Shah berkata dengan itu, hampir 6,000 pelajar Malaysia di 13 kampus terakreditasi di seluruh negara 17,000 buah pulau ini tidak lagi perlu khuatir atau terbawa-bawa dengan sentimen anti-Malaysia sekalipun terus dipancing oleh media massa Indonesia.

"Bagi kita dan untuk semua pelajar di sini, kedua-dua isu ini sudah kita tutup buku sepenuhnya dan tidak perlu dilayani lagi.

"Ini kerana tuduhan-tuduhan itu tidak benar lantaran Malaysia tidak pernah mendakwa tarian Pendet yang berasal dari Bali milik kita," katanya pada sambutan Aidilfitri dengan lebih 200 pelajar perubatan Universiti Padjajaran di sini, malam tadi.

Katanya dalam kes Pulau Jemur pula seperti dijelaskan oleh Menteri Luar Indonesia Hassan Wirajuda dan juga Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman, terdapat tiga pulau bernama Pulau Jemur, termasuk satu milik Malaysia di perairan Selangor, yang menggunakan nama yang sama.

Beliau berkata seperti dijelaskan oleh Hassan pada sidang media bersama dengan Anifah di Jakarta pada Khamis lepas, media massa Indonesia terbukti tidak memeriksa terlebih dahulu fakta dan kebenaran sebelum menuliskan berita-berita berkaitan yang mengakibatkan tercetusnya rasa anti-Malaysia di kalangan segelintir rakyat tempatan.

Sehubungan itu, Raja Reza yang juga Ketua Canseri di kedutaan, menasihatkan para pelajar supaya menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran dan hidup bermasyarakat dengan baik bukan saja sebagai duta kecil Malaysia tetapi juga wakil persahabatan Malaysia dengan Indonesia.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar pula berkata para pelajar Malaysia setakat ini telah menunjukkan tahap kematangan yang tinggi apabila mereka tidak memberi reaksi keras terhadap laporan negatif media massa Indonesia, sebaliknya menerimanya dengan tenang sambil memberi penjelasan kepada rakan-rakan sekuliah.

"Majoriti rakyat Indonesia yang rasional memandang tinggi ketenangan rakyat Malaysia dalam menghadapi tuduhan-tuduhan itu yang akhirnya ternyata tidak benar. Namun, seperti yang dijelaskan oleh Anifah, semua pihak pun hairan apa tujuan media massa tempatan tidak mahu menerima penjelasan dan fakta yang tepat," katanya.

Pada majlis itu, para pelajar Malaysia khususnya pelajar tahun pertama, mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dengan rakan-rakan berbilang kaum yang turut memeriahkan sambutan hari raya.

-- BERNAMA

Selasa, 22 September 2009

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN DARI JJ


Dalam Program Malaysia Hari ini ( TV3 ) Ahli Parlimen Rompin mengucapkan selamat Hari Raya dan maaf Zahir Batin kepada Warga Rompin dan kawan-kawannya di seluruh Malaysia. Dia juga bercerita pengelaman pertama di W . tentang kerjasama staff menyediakan makanan Hari Raya sempena Hari Terbuka Rumah Duta Malaysia di W. Beliau juga bercerita tentang kehadirannya berbuka puasa bersama presiden Amerika. Tahap penerimaan pemerintah Amerika tentang Islam dan peluang-peluang yang terbuka bagi beliau membawa pelabur Amerika ke Malaysia

Sabtu, 19 September 2009

CALUN BN BAGAN PINANG AKAN DIUMUMKAN PADA 29HB.


SEREMBAN, 18 Sept (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 29 Sept ini.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata calon BN itu akan diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Aidilfitri Barisan Nasional (BN) peringkat negeri di Port Dickson pada hari berkenaan.

"Calon yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan itu akan diketahui pada hari tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan BN negeri di sini, pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga Menteri Besar dan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata Badan Perhubungan Umno negeri masih belum menerima senarai nama calon yang dicadangkan daripada Umno Bahagian Teluk Kemang yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

"Saya belum menghantar nama pada pucuk pimpinan parti kerana belum menerimanya daripada Umno Bahagian Telok Kemang," katanya.

Ditanya pertemuan beliau dengan Muhyiddin di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata ia adalah mesyuarat pengurusan Umno, di mana Umno Negeri Sembilan diminta memberi taklimat berhubung gerak kerja di DUN Bagan Pinang.

"Saya telah memberikan taklimat kepada pengurusan UMNO mengenai persediaan yang kita buat di peringkat negeri dan bahagian Telok Kemang bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang," katanya.

Mengenai pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini supaya tidak letak Mohd Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu, beliau berkata itu adalah pandangan peribadi beliau dan wajar diambil kira.

"Tun adalah seorang pemimpin besar yang mempunyai banyak pengalaman dan pandangan itu wajar diambil kira. Tapi penentuan calon dibuat oleh pucuk pimpinan," katanya.

Mengenai mesyuarat perhubungan BN negeri hari ini, beliau berkata semua parti komponen dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP telah menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi.

"Saya minta mereka supaya menemui seramai mungkin pengundi di kawasan DUN Bagan Pinang dan menghubungi mereka yang tidak lagi menduduki kawasan itu, tetapi balik untuk mengundi," katanya.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 Okt sementara tarikh pengundian, jika ada pertandingan, pada 11 Okt. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept lepas akibat jangkitan dalam darah.

-- BERNAMA

Rabu, 16 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN BERSAMA AHLI PERSATUAN KERETA SEWA ( TEKSI ) KUALA ROMPIN

( Gambar Sekadar Hiasan )



MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN BERSAMA
UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN
DAN PEMANDU TEKSI ROMPIN

TEMPAT : PUTERI INS, ROMPIN PAHANG.
MASA : 6.45 PETANG
TARIKH : 17HB. SEPTEMBER 2009

JEMPUTAN SEMUA AHLI PERSATUAN TEKSI KUALA ROMPIN DAN JAWATANKUASA UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN. TURUT HADIR YB. ADUN TIOMAN.

Selasa, 15 September 2009

TUGAS PERTAMA JJ DI AMERIKA


Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berkata beliau berharap dapat membantu meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat, merangkumi bidang kerjasama yang meluas termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi.

"Dalam memperkukuhkan hubungan dua hala kita di bawah pentadbiran baru di kedua-dua pihak, saya berharap Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) melawat ke Amerika Syarikat dan Presiden Obama pula ke Malaysia di masa akan datang," katanya.

Jamaludin menyerahkan watikah pelantikannya kepada setiausaha negara Amerika Syarikat pada Jumaat lepas.

Mengenai pelancongan, Jamaludin berkata terdapat sedikit penurunan dalam jumlah pelancong keluar dan masuk Amerika Syarikat-Malaysia ekoran kelembapan ekonomi.

Jumlah keseluruhan ketibaan pelancong Amerika ke Malaysia dari Januari hingga Julai hanya 22,604 orang berbanding 23,080 orang dalam tempoh sama tahun lepas, menunjukkan penurunan sebanyak 2.1 peratus.

Jamaludin, bekas menteri Kabinet, dilantik sebagai duta baru Malaysia ke Amerika Syarikat pada 4 Ogos, dan bertaraf menteri.

Ahad, 13 September 2009

WARGA TUAN DAN IBU TUNGGAL TIDAK DILUPAKAN



UMNO cawangan Kuala Rompin telah mengadakan Majlis sumbangan kepada Warga Tua dan Ibu Tunggal yang setia kepada UMNO Cawangan Kuala Rompin. Seramai 48 orang warga tua dan Ibu Tunggal telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa bersama YB. Kapten (B) Johari bin Hussain Ketua UMNO Cawangan Kuala Rompin merangkap ADUN Tioman. Majlis diadakan di perkarangan Surau Darul Shefaq, Taman Pantai Hiburan, Rompin, Pahang. Acara bermula jam 6.30ptg dengan menyampaikan sumbangan kepada 48 orang ahli UMNO Cawangan Kuala Rompin yang ditakrifkan sebagai ibu tunggal dan warga Mas. Dalam 48 orang yang disenaraikan terdapat 4 orang Ahli UMNO cawangan Kuala Rompin yang masih setia sejak UMNO cawangan Kuala Rompin ditubuhkan pada tahun 1954. Majlis diteruskan dengan solat terawis dan tazkirah disampaikan oleh YB. Johari sendiri. Seorang Ahli UMNO yang mengidap Angin Akmar juga telah disumbangkan kerusi roda bagi pergerakan hariannya. Jawatankuasa yang dilantik berjanji jika UMNO Cawangan Kuala Rompin dimurahkan rezeki, acara julung-julung kali diadakan akan diteruskan kepada masyarakat setempat di tahun-tahun akan datang. Memandangkan UMNO cawangan Kuala Rompin adalah satu-satunya cawangan di Parlimen Rompin yang mempunyai simpanan wang terbanyak, acara-acara bagini dapat dibuat oleh pemimpin akan datang.
Dalam ucapan sebelum menyampaikan sumbangan YB. mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa yang menerajui UMNO cawangan Kuala Rompin kerana dapat mengumpul dana yang bagitu besar, Beliau tidak menjangkakan Dana cawangan yang dipimpinnya baru setahun jagung bagitu besar. Walaupun beliau menjadi ahli baru 8 bulan sebelum dilantik sebagai YB.
Beliau brharap agar kepimpinan UMNO Cawangan Kuala Rompin dapat menambah Dana dengan siapnya bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin kelak.

Sabtu, 12 September 2009

IBU TUNGGAL TETAP DIBERI PERHATIAN OLEH KERAJAAN

LEBAN CHONDONG - Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan ibu tunggal malahan menggalakkan mereka supaya terlibat secara serius dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, golongan ibu tunggal terutama yang masih muda harus merebut peluang tersebut bagi memperbaiki taraf hidup mereka.

Menurutnya, golongan itu sebenarnya digalakkan berdikari terutama menceburi bidang perniagaan kecil seperti berniaga makanan, menjahit pakaian, memproses makanan ringan, menternak dan bertani.

“Kita sebenarnya menggalakkan ibu-ibu tunggal ini bekerja sendiri daripada makan gaji di kilang atau kedai makan, tidak kira menjual nasi lemak, kuih muih atau mengambil upah menjahit.

“Dengan cara itu mereka tetap mempunyai peluang untuk menguruskan anak-anak di rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata, kerajaan menyedari bahawa kebanyakan ibu tunggal ini tidak berpelajaran tinggi dan merupakan suri rumah jadi mereka harus diberi bimbingan.:

“Kita tidak mahu ibu tunggal ini terus terpinggir, hilang punca dan terus terbeban dengan kesempitan hidup sedangkan pihak kerajaan senantiasa membela nasib mereka,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa meneliti setiap bantuan kebajikan yang disalurkan agar merangkumi semua golongan termasuk ibu tunggal.

“Kita tidak mahu ada satu kes pun di mana ada ibu tunggal yang dibiarkan hidup dibelenggu kemiskinan tanpa mendapat bantuan daripada kerajaan,” katanya.

Menurutnya, sumbangan wanita termasuk ibu tunggal sememangnya tidak boleh dipandang rendah kerana mereka turut menyumbang dalam menjana pembangunan negara.

Sehubungan itu, katanya, amat wajar sekali kegiatan dan program untuk membantu golongan ibu tunggal ini dipergiatkan dari semasa ke semasa sebagai bukti komitmen kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Khamis, 10 September 2009

LAGI ROMPAKAN ALA KUMPULAN PARANG DI ROMPIN





“Saya terkejut seolah-olah nyawa di hujung tanduk apabila parang penyamun itu berada dekat dengan leher saya,” kata Abdullah Daud, 69, ketika menceritakan detik cemasnya ketika bergelut dengan tiga penyamun di rumahnya di Kampung Parit 4, Pontian, Kuala Rompin di sini, semalam.

Abdullah berkata, semasa kejadian itu dia hanya mampu mengucap panjang apabila ketiga-tiga penyamun itu mengikat kedua-dua tangan dan mulutnya selepas dia bertindak untuk melawan mereka.

Menurutnya, dia terjaga dari tidur pada jam 2 pagi selepas bunyi bising di luar rumah sebelum tidur semula selepas memeriksa keadaan rumah.

“Saya tertidur dan terjaga semula serta mendapati ada dua suspek bersenjatakan parang sedang berada di depan saya selepas dia membuka lampu bilik,” katanya.

Dia berkata, penyamun yang dipercayai warga Indonesia itu terus mengugutnya dan meminta wang dan barang kemas sebagai imbuhan jika dia mahu nyawanya dan isteri selamat.

“Saya tetap melawan dan memberitahu mereka saya tidak ada duit serta tidak ada harta untuk diberikan, tapi mereka tetap tidak mempercayainya lalu merampas telefon bimbit saya,” katanya.

Abdullah berkata, akibat pergelutan itu, anaknya yang tidur di bilik berhampiran tersedar lalu seorang daripada penyamun terus menuju ke bilik anaknya itu.

Sementara itu anaknya, Mohd Fadzli Abdullah, 26, berkata, keadaan bising seperti orang sedang bertengkar menyebabkannya terus bangun dan terus membuka pintu bilik sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bertopeng menggunakan parang cuba mencederakannya dari arah depan.

“Nasib baik saya sempat mengelak, tetapi saya cedera sedikit apabila serpihan mata parang terkena pada bahagian kiri bahu, telinga dan tangan saya,” katanya.

Dia berkata, tiba-tiba adiknya, Musa Abdullah, 25, muncul dengan parang terus menyerang penyamun terbabit lalu mengenai dua daripada mereka sebelum ketiga-tiganya bertindak melarikan diri.

“Kami sekeluarga memang sudah siap sedia parang di bilik kerana sebelum ini, tingkap belakang rumah ada kesan umpil dua hari sebelum kejadian,” katanya.

Beliau percaya ketiga-tiga penyamun itu warganegara asing berdasarkan dialek mereka sewaktu bergelut sebelum sempat melarikan diri di ladang sawit berhampiran.