TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Sabtu, 12 September 2009

IBU TUNGGAL TETAP DIBERI PERHATIAN OLEH KERAJAAN

LEBAN CHONDONG - Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan ibu tunggal malahan menggalakkan mereka supaya terlibat secara serius dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, golongan ibu tunggal terutama yang masih muda harus merebut peluang tersebut bagi memperbaiki taraf hidup mereka.

Menurutnya, golongan itu sebenarnya digalakkan berdikari terutama menceburi bidang perniagaan kecil seperti berniaga makanan, menjahit pakaian, memproses makanan ringan, menternak dan bertani.

“Kita sebenarnya menggalakkan ibu-ibu tunggal ini bekerja sendiri daripada makan gaji di kilang atau kedai makan, tidak kira menjual nasi lemak, kuih muih atau mengambil upah menjahit.

“Dengan cara itu mereka tetap mempunyai peluang untuk menguruskan anak-anak di rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata, kerajaan menyedari bahawa kebanyakan ibu tunggal ini tidak berpelajaran tinggi dan merupakan suri rumah jadi mereka harus diberi bimbingan.:

“Kita tidak mahu ibu tunggal ini terus terpinggir, hilang punca dan terus terbeban dengan kesempitan hidup sedangkan pihak kerajaan senantiasa membela nasib mereka,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa meneliti setiap bantuan kebajikan yang disalurkan agar merangkumi semua golongan termasuk ibu tunggal.

“Kita tidak mahu ada satu kes pun di mana ada ibu tunggal yang dibiarkan hidup dibelenggu kemiskinan tanpa mendapat bantuan daripada kerajaan,” katanya.

Menurutnya, sumbangan wanita termasuk ibu tunggal sememangnya tidak boleh dipandang rendah kerana mereka turut menyumbang dalam menjana pembangunan negara.

Sehubungan itu, katanya, amat wajar sekali kegiatan dan program untuk membantu golongan ibu tunggal ini dipergiatkan dari semasa ke semasa sebagai bukti komitmen kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

4 ulasan:

gengsahabat berkata...

jkkk seharusnya menjadi mata dan telinga kerajaan untuk terus melapor setiap permasalahan rakyat..jangan sampai pihak lain yang lebih terkehadapan...

AKU ANAK GURUN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN berkata...

Betul gengsahabat, jkkk yang hendak dilantik hendaklah disukai oleh masyarakat dan keadaan semasa, barulah kerja kerja yang dicadangkan berjaya

honest berkata...

perhatian perlu berterusan dan menyeluruh jangan biasakan media dan pembangkang mensensasikan sesuatu yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah.permudahkan dan sediakan saluran,jika tersumbat dibersihkan agar maklumat sampai dengan betul dan selamat