TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Selasa, 29 September 2009

MINTALAH UPNM DIDIRIKAN DI KUALA ROMPIN !

( GAMBAR HIASAN )


Saya sebagai penduduk Rompin, dan merasakan pembangunan perlu di adakan dari semasa kesemasa, dirasakan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM ) yang akan didirikan di Negeri Pahang dengan izin, ingin agar dapat didirikan di pesisiran Pantai di Kuala Rompin. Tanah-tanah Kerajaan masih ada di Rompin seperti di Kampung Mempisang, Tg. Gemok , di Mukim Pontian, malah masih terdapat banyak tanah kerajaan di Mukim Rompin.

Dengan terdirinya Universiti Pertahanan di Daerah Rompin bahagian Pantai kita dapat mengadakan satu Universiti yang serba lengkap, termasuk ijazah yang bersangkutan dengan Laut.

Tentang perhubungan rasanya tidak menjadi masalah jika perancangan serentak dapat dibuat. Kita boleh membuat jalan pintas dari Felda Selendang ke Felda Selancar untuk ke Segamat Johor, Kita boleh naik taraf jalan Muadzam Shah, Bandar Melati dan terus ke Bera.

Dengan menempatkan Universiti Pertahanan di Kuala Rompin, Pembangunan Daerah-daerah di Negeri Pahang seimbang dimana ketika ini pembangunan di Rompin tidak serancak daerah lain.

Dengan munculnya jalan Selendang/Selancar dan naik taraf jalan Muadzam Shah/Bandar Melati/Bera penduduk sepanjang jalan tersebut akan merasa tempias pembangunan tersebut. Rasanya bukan saya seorang yang menyokong agar UPNM didirikan di Rompin malah hamper sebahagian besar rakyat di Rompin bersetuju. Setiap pembangunan perlu dirasi oleh rakyat. Jika didirikan di Kuantan, pembangunan yang akan wujud dalam Negeri Pahang tidak seimbang.

Apa-apa pun melalui blog ini saya memohon agar dapat kiranya Perdana Menteri kita dapat memberi sedikit nafas untuk pembangunan Kuala Rompin dalam mengejar kea rah Negara Maju tahun 2020.



1 ulasan:

Waris Pahang berkata...

cadangan baik tetapi kenalah berusaha