TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Selasa, 29 September 2009

RIBUT MERANAPKAN BUMBUNG LEBIH 20 BUAH DI KUALA ROMPIN

( SALAH SEBUAH RUMAH DI KG. PULAU LANG )



Isnin 28hb. September 2009. Kejadian ribut berlaku di Rompin lebih kurang jam 4.00ptg hingga 5.00ptg. lebih dari 20 buah rumah bumbung diterbangkan oleh angin. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Taman Perumahan Kos Rendah Sungai Puteri, Kampung Sungai Puteri dan Kampung Pulau Lang Kiri dan Kampung Pulau Lang Kanan. Menurut seorang mangsa Puan Aminah yang tinggal di Kampung Pulau Lang Kiri, Kejadian berlaku ketika Masjid Lama sedang mengalunkan Azan solat asar, awan hitam bergerak laju dari barat, selepas selesai Azan dari Masjid Lama Rompin, Ribut mula mengganas. Ketika dia sedang mengambil air sembahyang didalam bilik air, tiba=tiba bilik tersebut menjadi terang, apabila dia melihat keatas yang Nampak hanya lagit hitam, zink yang ada telah diterbangkan ke halaman rumahnya.

Selepas hujan teduh dia dan anaknya keluar mencari zink, dengan bantuan jiran rumahnya siap memasang zink pada petang itu juga dan siap sebelum waktu berbuka puasa 6. Ibu tunggal ini adalah salah seorang dari mangsa ribut di Kampung Pulau Lang Kiri. Mangsa-mangsa yang teruk terjejas ialah kedai makanan panas di Kg. Sungai Puteri, gerainya runtuh keseluruhan dan perniagaannya terpaksa dihentikan dan pembinaan gerai terpaksa dilakukan jangka masa yang dianggarkan memakan masa satu hingga dua bulan.

Bagitu juga Penghuni rumah kos rendah sungai Puteri, kerja-kerja baik pulih terpaksa dilakukan kerana ditakuti hujan akan terus berlaku akibatnya rumah dibanjiri air hujan. Terdapat sebuah rumah di Kampung Pulau Lang Kiri yang masih kekal dengan runtuhan kerana tidak mampu untuk perbelanjaan baik pulih. YB. ADUN Tioman yang mengadakan lawatan dan merasmikan Program di Pulau Tioman tidak dapat pulang pada petang 28hb. September 2009 kerana ribut kuat di Laut. YB. Dijangka balik pada pagi ini 29hb. September 2009 untuk menziarahi mangsa ribut.

29hb. September 2009

8.00pagi - Dato’ Pegawai Daerah Rompin telah melawat semua mangsa Ribut.

8.30 pagi - Semua mangsa membuat laporan Polis

9.00 pagi - Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin Menjalankan

bancian rumah ke rumah mangsa Ribut.



Tiada ulasan: