TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Selasa, 29 September 2009

TANIAH ISA SAMAD CALUN BN BAGAN PINANG



Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di sini, sebentar tadi.

Bercakap secara ringkas di hadapan tetamu yang hadir, Isa berkata, beliau berjanji akan bekerja keras untuk memastikan kerusi DUN Bagan Pinang akan terus kekal menjadi milik BN.

"Nampaknya ISA masih diperlukan, jangan hapuskan ISA.

"Saya percaya kita akan menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dengan sokongan padu semua pihak.

"Kita akan terus pertahankan kerusi ini malah akan berusaha untuk tambah majoriti," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh penyokong-penyokong BN yang hadir. Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 11 Oktober manakala penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

KOMEN

Taniah kepada Tan Sri Isa Samad. Itulah yang kita harapkan suara Bahagian, cawangan didengari.




1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Tahniah Tan Sri.........anda pejuang tulin dalam UMNO, bukan pengkhianat bangsa dan agama macam Anwar aijuburi dan Niko Aziz yang menjual agama dan bangsa untuk jawatan dan kuassa pada DAP komunis.....