TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Selasa, 15 September 2009

TUGAS PERTAMA JJ DI AMERIKA


Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berkata beliau berharap dapat membantu meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat, merangkumi bidang kerjasama yang meluas termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi.

"Dalam memperkukuhkan hubungan dua hala kita di bawah pentadbiran baru di kedua-dua pihak, saya berharap Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) melawat ke Amerika Syarikat dan Presiden Obama pula ke Malaysia di masa akan datang," katanya.

Jamaludin menyerahkan watikah pelantikannya kepada setiausaha negara Amerika Syarikat pada Jumaat lepas.

Mengenai pelancongan, Jamaludin berkata terdapat sedikit penurunan dalam jumlah pelancong keluar dan masuk Amerika Syarikat-Malaysia ekoran kelembapan ekonomi.

Jumlah keseluruhan ketibaan pelancong Amerika ke Malaysia dari Januari hingga Julai hanya 22,604 orang berbanding 23,080 orang dalam tempoh sama tahun lepas, menunjukkan penurunan sebanyak 2.1 peratus.

Jamaludin, bekas menteri Kabinet, dilantik sebagai duta baru Malaysia ke Amerika Syarikat pada 4 Ogos, dan bertaraf menteri.

5 ulasan:

gengsahabat berkata...

tahniah..dsjj dah jalankan tugas pertama...tapi yang musykil kenapa tidak ada satu tugas yang telah dilakukan oleh umno rompin sepanjang pemergian dsjj ke us..kena proaktif sikit...itu pandangan mata kami di luar jendela ...

BLOG PEKIDA KUALA ROMPIN berkata...

Untuk makluman gengsahabat, masalah UMNO bahagian Rompin ketika ini susah nak diceritakan disini. Mana cawangan yang mempunyai daya juang, atau pentingkan politik dan tidak pentingkan pemimpin akan terus bejalan tetapi tidak boleh berjalan jauh, kerana sekatan2 yang tidak boleh diceritakan. apa pun kita tetap perjuangkan parti bukan kepentingan kocek. itusaja yg boleh dicerita yang lain gengsahabat pasti faham. AMIN

WARIS PURBA berkata...

tahniah dsjj. PM serbasalah antara sahabat dan perangai sahabat. Sokong jadi duta dan tak lagi orang boleh buat cerita yg tidak seronok didengar

UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN berkata...

t.kasih semua, tugas hanya menulis komen dasar bolehlah tapi cara teperinci maaflah, kadang-kadang teguran membuat kesalah atas nama blog

honest berkata...

ketiaadaan dsjj harus diisi oleh mereka yang diberikan tanggungjawab(ajk bhg)dengan mendengar/melihat/membantu mereka yang memerlukannya.pantaulah kawasan dan cawangan teruskan tugas kalaupun dsjj atau yb yb tak perasan atau tak tengok apa yang kita buat.BUATLAH KERANA ALLAH