TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Ahad, 13 September 2009

WARGA TUAN DAN IBU TUNGGAL TIDAK DILUPAKAN



UMNO cawangan Kuala Rompin telah mengadakan Majlis sumbangan kepada Warga Tua dan Ibu Tunggal yang setia kepada UMNO Cawangan Kuala Rompin. Seramai 48 orang warga tua dan Ibu Tunggal telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa bersama YB. Kapten (B) Johari bin Hussain Ketua UMNO Cawangan Kuala Rompin merangkap ADUN Tioman. Majlis diadakan di perkarangan Surau Darul Shefaq, Taman Pantai Hiburan, Rompin, Pahang. Acara bermula jam 6.30ptg dengan menyampaikan sumbangan kepada 48 orang ahli UMNO Cawangan Kuala Rompin yang ditakrifkan sebagai ibu tunggal dan warga Mas. Dalam 48 orang yang disenaraikan terdapat 4 orang Ahli UMNO cawangan Kuala Rompin yang masih setia sejak UMNO cawangan Kuala Rompin ditubuhkan pada tahun 1954. Majlis diteruskan dengan solat terawis dan tazkirah disampaikan oleh YB. Johari sendiri. Seorang Ahli UMNO yang mengidap Angin Akmar juga telah disumbangkan kerusi roda bagi pergerakan hariannya. Jawatankuasa yang dilantik berjanji jika UMNO Cawangan Kuala Rompin dimurahkan rezeki, acara julung-julung kali diadakan akan diteruskan kepada masyarakat setempat di tahun-tahun akan datang. Memandangkan UMNO cawangan Kuala Rompin adalah satu-satunya cawangan di Parlimen Rompin yang mempunyai simpanan wang terbanyak, acara-acara bagini dapat dibuat oleh pemimpin akan datang.
Dalam ucapan sebelum menyampaikan sumbangan YB. mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa yang menerajui UMNO cawangan Kuala Rompin kerana dapat mengumpul dana yang bagitu besar, Beliau tidak menjangkakan Dana cawangan yang dipimpinnya baru setahun jagung bagitu besar. Walaupun beliau menjadi ahli baru 8 bulan sebelum dilantik sebagai YB.
Beliau brharap agar kepimpinan UMNO Cawangan Kuala Rompin dapat menambah Dana dengan siapnya bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin kelak.

3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam, tahniah kalau mendapat pemimpin yang perihatin...... kawan ni anak yatim merempat dilempar ke hulu tak dapat ke......

UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN berkata...

mu dah ada 10 ekar hehehe maaf zahir batin

honest berkata...

tahniah cawangan k rompin,tindakan yang baik disokong.generasi muda melihat dengan teliti apa yang dibuat dan mereka mampu memberikan nasihat secara sinis jika tiada yang perasan akan kewujudan mereka dlm komuniti,ajk ppu dun kat mana wajahnya ? tak jengok ke kekawan kat cawangan...renung..fikir dan masih ada ruang untuk bertindak