TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Ahad, 4 Oktober 2009

PROGRAM JAMUAN HARI RAYA DUN TIOMAN, PERMULAAN ADAT GOTONG ROYONG.

Penduduk Kampung dari Felda Selendang 1,2,3,4 Kuala Rompin, Simpang Sepayang dan Kampung Parit bergotong royong tua dan muda melapah dan menyiang daging lembu
Kaum ibu dan puteri sedang menyiang nenas, bawang dan lain-lain untuk
persiapan jamuan hari raya



Penyembelihan lembu oleh penduduk kampung di Masjid Kg. Simpang Sepayang


Hasrat YB. ADUN Tioman menyemarakkan semula adat gotong royang dikalangan masyarakat Melayu memampakkan kejayaan sempena gotong royong menyediakan Jamuan Hari Raya di DUN Tioman. Tidak kurang dari 200 orang penduduk dari Gugusan Felda Selendang, Kuala Rompin, Kampung Parit dan tidak ketinggalan Penduduk Kg. Simpang Sepayang. YB. sendiri berjalan ke hulu dan hilir melihat program julung-julung kali jamuan hari raya dibuat secara gotong royong di DUN Tioman.

" Tahun ini kita buat di Kg. Simpang Sepayang, Tahun depan kita buat di Pianggu dan kalau ada razeki dan di panjangkan umur kita buat di Kuala Rompin." Kata YB dengan nada bersungguh-sungguh.

Inilah detik permulaan bagi kita mengiratkan lagi masyarakat kampung tanpa memikirkan fahaman politik. Dari tinjauan dibuat bukan sahaja ahli UMNO yang hadir malahan ahli parti pembangkang juga turut hadir menjayakan Gotong Royong menyediakan makanan bagi Jamuan Hari Raya di DUN Tioman.

Kita hanya berdoa agar cita-cita YB. ADUN Tioman berjaya mengidupkan semula adat-adat yang dapat menyatukan semula orang melayu khasnya dan Rakyat di DUn Rompin amnya.

Insyallah perkara yang baik dan tawakkal akan ditolong oleh Allah.................... AMIN

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

AlhamdulilLah, berbahagialah masyarakat DUN Tioman yang mendapat seorang Wakil Rakyat yang peerihatin dengan rakyat, tidak riak, sombong, takbur serta membesar diri, sentiasa merendah diri bila bersama rakyat tidak kira tua, muda dan kanak-kanak.

UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN berkata...

Terima kasih, kita doakan semuga YB. DUN Tioman kekal dengan sikapnya