TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Khamis, 26 November 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILADHA DAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH KURBAN


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR BATIN
DARI SEMUA JAWATANKUASA
UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN
KEPADA AHLI UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN
PENDUDUK DIDALAM PARLIMEN ROMPIN
PENGUNJUNG BLOG INI
SEMUGA ALLAH MEMBERKATI DAN MENERIMA AMALAN KURBAN KITA .........

Rabu, 25 November 2009

KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT ) PERLU TUNJUKAN CONTOH TERBAIK


YB. ADUN TIOMAN MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA ANAK-ANAK YANG AKAN BERKHATAN SEMPENA PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI DI KG. JANGLAU



KUALA ROMPIN - Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu menunjukkan contoh yang baik dari segi perpaduan dalam kalangan mereka agar dapat berperanan sebagai penganjur utama kesepaduan masyarakat.

Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Rompin, Norlisnawati Min berkata, bagi menjayakannya, jawatankuasa KRT perlu mengelak daripada bertelingkah sesama sendiri dan penduduk kerana jika ia berlaku penubuhan KRT hanya akan menjadi sia-sia.

Menurutnya, adalah sukar untuk menjalankan aktiviti yang dirancang demi kebaikan masyarakat sekiranya jawatankuasa sendiri tidak berpadu dan tidak di-yakini anggota masyarakat.:

“KRT mampu berperanan sebagai penggerak dalam menyatupadukan masyarakat kerana peranan yang dimainkannya adalah bersifat menyeluruh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Khatan Beramai-Ramai anjuran KRT Janglau, semalam.

Norslinawati berkata, perpaduan dalam erti kata sebenar ialah mewujudkan keharmonian hidup sesama jiran dan penduduk sekampung tanpa mendiskriminasikan perpaduan kaum.:

“Jika tiada perpaduan sesuatu program itu sukar untuk dilaksanakan dengan lebih berkesan kerana berlakunya kepincangan dalam institusi kemasyarakatan itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, amalan hidup berbilang kaum memang diamalkan di negara ini sejak dulu lagi dan semua rakyat bebas bergaul tanpa membezakan status bangsa.:

Menurutnya, nikmat keamanan yang dikecapi pada masa ini perlu dipertahankan generasi pelapis masa depan bagi memastikan perpaduan kaum terus kekal terpelihara.

“Institusi kejiranan memainkan peranan dalam usaha mengharmonikan masyarakat. Penglibatan pelbagai kaum dalam setiap program yang dianjurkan dapat mengukuhkan lagi hubungan sedia ada.

“Justeru, melalui persefahaman ini rakyat berbilang kaum boleh hidup dengan aman dan bebas menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih selesa,” katanya.


Isnin, 23 November 2009

TIOMAN MENERIMA KEMUDAHAN BEKALAN ELEKTRIK LAGI


Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mempertingkatkan sistem janakuasa elektrik di dua kampung di Pulau Tioman iaitu di Genting dan Juara bagi mengurangkan gangguan bekalan elektrik di pulau peranginan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain berkata, langkah itu penting kerana stesen janakuasa sedia ada tidak mempunyai kapasiti mengeluarkan tenaga dalam jumlah berlebihan untuk disimpan.

Menurutnya, TNB membuat pemantauan pada struktur binaan pada lokasi di Pulau Tioman bagi meningkatkan dan menambah baik sistem janakuasa di pulau itu.

“Baru-baru ini, Kampung Genting dibekalkan dengan janakuasa dengan kos hampir RM1 juta bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan elektrik di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran KRT Kampung Janglau, di sini.

Mohd Johari berkata, sebelum ini kedua-dua kampung itu berkongsi set janakuasa dengan Kampung Tekek bagi tujuan berkenaan, sekali gus menyebabkan kapasiti tenaga diterima adalah rendah.

“Dengan penambah baik sistem sedia ada, kita harap gangguan bekalan elektrik berada pada tahap minimum kerana difahamkan penduduk di kedua-dua kampung sering alami kekerapan gangguan bekalan elektrik,” katanya.

Katanya, pihaknya juga bercadang untuk mencari jalan menggunakan sumber tenaga lain seperti solar yang lebih bersifat mesra alam pada masa depan.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan ia bergantung kepada TNB sama ada wajar atau tidak untuk menggunakan sistem itu.

“Sistem ini sudah digunakan di darat iaitu di kampung Orang Asli Denai, dan ia terbukti mesra alam dan dapat atasi bekalan elektrik pada tahap minimum,” katanya.

Jumaat, 13 November 2009

SYUBAHAH ( KERAGUAN ) HUKUMAN SARI DEWI SHUKARNO TIDAK DIJALANKAN




Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno belum dijalankan berikutan timbul syubahah (keraguan) dalam
pelaksanaan hukuman itu.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata pelaksanaan hukuman itu perlu dilakukan secara berhati-hati terutama terhadap pesalah wanita.

"Sejak 52 tahun kemerdekaan negara, tidak ada lagi tukang sebat daripada kalangan wanita," katanya ketika menjawab soalan Syed Mohammed Tuan Lonnik (PAS-Beserah) berhubung kekangan dalam pelaksanaan hukuman terhadap Kartika pada persidangan DUN Pahang hari ini.

Mohamad Sahfri bagaimanapun berkata, hukuman sebat terhadap pesalah lelaki bagi kesalahan sama telah dilaksanakan dengan terbaru seorang rakyat Indonesia disebat enam kali di Penjara Penor di Kuantan semalam.

Beliau berkata Pahang merupakan antara negeri yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara dan sebatan bagi kesalahan meminum arak berbanding negeri lain dan ia perlu dijalankan dengan sebaik mungkin.

Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lepas.

Menjawab soalan mengenai hukuman enam sebatan yang dikenakan tidak mengikut syarak, Mohamad Sahfri berkata ia berpandukan undang-undang yang diluluskan DUN Pahang dan bidang kuasa yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Beliau berkata walaupun hukum syarak menetapkan hukuman 40 hingga 80 sebatan bagi kesalahan meminum arak yang merupakan satu daripada kesalahan hudud, Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman hudud.

Ini kerana enakmen yang ada hanya memperuntukkan hukuman takzir dan tiada hukuman had atau qisas walaupun ada di antara jenis kesalahan itu adalah hudud, katanya. BERNAMA

Selasa, 10 November 2009

BERITA DARI WASHINGTON



WASHINGTON: Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berkata pertemuan pertama beliau dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama adalah "baik dan mesra."

Jamaludin, yang menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Amerika Syarikat pada 4 November, adalah duta Malaysia pertama yang diterima oleh Presiden Obama.

Meskipun beliau terpaksa menunggu agak lama sejak ketibaannya di Amerika Syarikat untuk menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Obama dan lantik secara rasmi sebagai duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Jamaludin kini dapat menjalankan secara rasmi tugas beliau sebagai duta Malaysia di negara yang beliau lihat sebagai mempunyai "potensi cemerlang" untuk membangunkan hubungan dua hala.

Terdapat pelbagai bidang membabitkan isu kepentingan dua hala di kedua-dua pihak, satu daripadanya ialah ketetapan perjanjian perdagangan bebas (FTA).

Malaysia turut berminat untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan dari Amerika Syarikat dan peningkatan perdagangan dengan negara berkenaan.

Jamaludin berkata beliau percaya Malaysia juga dapat menjadi sumber pelaburan yang bernilai di Amerika Syarikat, memandangkan semakin banyak syarikat di Malaysia yang mengenal pasti peluang pelaburan di luar negara.

"Syarikat di Malaysia perlu mengambil peluang yang disediakan kepada mereka di Amerika Syarikat yang bersikap amat terbuka kepada pelabur asing," katanya di luar kejohanan golf dan boling persahabatan anjuran Kedutaan Malaysia di sini pada Ahad lepas.

Kejohanan persahabatan itu membabitkan para petugas kedutaan di Washington DC dan Suruhanjaya Tetap Malaysia ke Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) serta Konsulat Besar di New York.

Antara yang hadir termasuk Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Hamidon Ali dan isteri Datin Amy Hamidon selain Konsul Besar Malaysia yang berpusat di New York, M. Zamruni Khalid, serta isterinya.

Jamaludin dan Hamidon turut bertukartukar cenderahati pada akhir kejohanan itu. BERNAMA



Khamis, 5 November 2009

DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN

( Setiausaha Penyelaras DUN Tioman )





Rakyat yang berpendapatan kecil dan miskin tidak di lupakan dalam memperjuangkan Negara maju tahun 2020. Di DUN Tioman berbagai sumber telah diusahakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tioman YB. Dato’ kpt (B ) Mohd. Johari bin Hussain telah menyalurkan rumah bertaraf PPRT kepda penduduk di DUN Tioman dengan hasil zakat Affin Islamic Bank.

Menurut Pengurus Syarikat Tanjung Pahang yang diamanahkan untuk membena rumah tersebut berkata “ inilah rumah PPRT yang tercantik dan sesuai didiami. Penyerahan telah dibuat kepada pemilik yang bertuah. Disini Sebagai Ahli UMNO, ingin mengucapkan terima kasih kepada YB ADUN Tioman, Setia usaha Penyelaras DUN Tioman. Tampa usaha dari mereka siapalah pemilik yang bertuah.

Diharap ini adalah langkah pertama yang dilakukan, selain dari rumah PPRT kerajaan, UMNO di DUN Tioman cubalah mencari dana bagi membantu membina rumah PPRT seperti mana bantuan zakat dari Affin Bank.




Rabu, 4 November 2009

DATUK SERI NAJIB - SUBSIDI DAN TENAGA KERJA MURAH ANTARA LIMA AMALAN SELESA YANG HARUS DITANGANI


KUALA LUMPUR 4 Nov. - Subsidi dan tenaga kerja murah adalah antara lima amalan selesa yang perlu ditangani bagi membolehkan sektor perniagaan dan negara maju di peringkat antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malangnya dalam pada kita bergerak daripada negara berasaskan pertanian kepada perindustrian, kita sudah terlalu leka terhadap tenaga kerja asing yang murah sehinggakan ia tidak lagi mampan dalam pasaran global,” katanya.

Najib berkata bila negara mahukan sektor perniagaan, syarikat berkaitan kerajaan dan perniagaan tradisional, bersaing di peringkat antarabangsa, kita mesti bergerak keluar daripada persaingan mendapatkan pekerjaan bergaji rendah dalam sektor bernilai rendah kepada teknologi baharu.

Teknologi baharu itu adalah berasaskan sektor bioteknologi, kewangan Islam dan industri perkhidmatan bernilai tinggi yang lain, yang memberi nilai yang lebih tinggi kepada ekonomi, kata Perdana Menteri.

“Namun kita terlalu tertarik untuk bergantung kepada tenaga buruh murah di seluruh rantau ini dan begitu selesa dengannya,” katanya pada jamuan makan tengah hari perniagaan Bankers Club di sini hari ini. - Bernama

Selasa, 3 November 2009

GENERASI MUDA PERLU MARTABATKAN BAHASA MELAYU



Orang Melayu perlu mengikis sikap malu serta kurang yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain berkata, ada segelintir orang Melayu tidak gemar menggunakan bahasa kebangsaan itu dalam sebarang aktiviti seperti ucapan, syarahan seminar dan sebagainya.

Malah, apa yang menyedihkan katanya, ada orang asing mampu mengamalkan salah satu warisan milik orang Melayu itu dalam kehidupan mereka berbanding orang Melayu sendiri.

“Saya kira, masalah ini disebabkan kurangnya keyakinan orang Melayu terhadap bahasanya sendiri dan menganggap bahasa itu tidak cukup besar untuk dipertuturkan di khalayak ramai.

“Sepatutnya, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tidak perlu bersikap demikian tetapi harus berbangga dengan warisan bangsa kerana ia mempunyai kemampuan sama seperti bahasa asing lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Daerah Rompin.

Dalam pada itu, Mohd Johari juga turut menggesa pemimpin dalam kalangan generasi muda perlu mengambil langkah memupuk semangat cintakan bahasa Melayu dalam usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa tersebut.

“Pemimpin muda di negara ini perlu menjadi perintis bahasa Melayu agar generasi muda pada masa depan tidak terhakis dengan keindahan yang ada dalam bahasa Melayu itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, mereka perlu jelas dengan perkara itu dan menggerakkan usaha menerusi kempen mencintai bahasa kebangsaan sehingga ke akar umbi.

“Pemimpin muda perlu agresif dalam perkara ini kerana ia merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.

“Mereka perlu bergerak mulai sekarang bagi memberi penerangan ke akar umbi dan memastikan martabat bahasa Melayu terus terbela,” katanya.


Isnin, 2 November 2009

TERTUNAI SUDAH HAMPIR 20 TAHUN USUL UMNO CAWANGAN ROMPIN, SETIAP KALI PERSIDANGAN USUL HOSPITAL ROMPIN TIDAK KETINGGALAN




( PELAN HOSPITAL YANG DILULUSKAN, PELAN INI DIREKA 8 TAHUN LALU )





Hampir 20 tahun lalu UMNO cawangan Kuala Rompin membuat usul agar Hospital Rompin dapat didirikan di Bahagian Pantai Rompin. Peringkat permulaan Hospital telah diluluskan tetapi telah ditempatkan di Muadzam Shah dan diberi nama Hospital Muadzam Shah. Usul UMNO cawangan Kuala Rompin tetap mendesak dan memohon agar dapat didirikan di Rompin Pantai. Alhamdulillah usaha-usaha itu mendapat kejayaan apabila Pejabat Kesihatan Daerah Rompin telah menghantar permohonan kepada Pejabat Tanah Daerah Rompin untuk mendirikan Hospital. Kini Penduduk Rompin Pantai yang inginkan Hospital termakbul sudah. 2 atau 3 tahun lagi penduduk Rompin pantai tidak perlu melalui jarak 76km ke Muadzam Shah dan 84km ke Pekan untuk menerima rawatan lanjut. Diharap agar pembinaan Hospital Rompin tidak tergendala di tengah jalan.