TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Khamis, 27 Ogos 2009

BANGUNAN UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN TERUS MENJULANG



Setelah dua bulan kelulusan perancang bangunan tealh diluluskan oleh majlis daerah rompin, bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin sampai ke tahap didalam gambar, pekerja binaan yang berkerja dibangunan umno cawangan kuala rompin seramai 32 orang. apa yang dilihat bangunan ini dapat di duduki menjelang bulan julai 2010. insyaallah

TIGA LANGKAH PERLU DIAMALKAN OLEH ORANG RAMAI UNTUK BENTERAS JENAYAH




KUALA ROMPIN - Orang ramai digesa mengamalkan tiga langkah iaitu menyimpan nombor telefon polis, memaklumkan sebarang kegiatan jenayah dan mengadakan sistem rondaan untuk bersama-sama membendung aktiviti jenayah di kawasan mereka.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, ketiga-tiga langkah itu penting bagi memastikan kadar jenayah di kawasan mereka dapat dihindarkan.

Menurutnya, langkah menyimpan nombor telefon polis khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan memudahkan orang ramai menghubungi pasukan itu jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Sebagai contoh, saya menasihatkan semua penduduk daerah Rompin supaya menyimpan nombor telefon IPD iaitu 09-4145222,” katanya.

Johari berkata, langkah kedua iaitu orang ramai digesa memberi maklumat kepada anggota polis yang mengadakan lawatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu di kawasan mereka.

“Orang ramai terutama penduduk kampung dan kawasan perumahan perlu melaporkan apa jua bentuk jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing untuk tindakan anggota bertugas,” katanya.

Beliau berkata, untuk langkah ketiga pula, masyarakat perlu sedar bahawa mereka boleh berganding bahu dengan pasukan keselamatan dengan mengadakan kawalan pada waktu-waktu tertentu yang akan diselia oleh pihak polis.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh masyarakat adalah memberi maklumat dengan melaporkan kepada pihak polis jika melihat orang yang mencurigakan di kawasan mereka.

“Terus lapor kepada polis sekiranya terdapat keadaan mencurigakan berlaku di sesuatu kawasan itu terutama dalam usaha polis membanteras kegiatan pecah rumah, samun, rompakan dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan golongan pelajar supaya tidak terlibat dalam pergaduhan, merokok atau penyalahgunaan dadah.

“Sekiranya anak-anak muda terlibat dengan kegiatan ini, masa depan mereka akan gelap dan ini akan menjejaskan kehidupan selama-lamanya,” katanya.

Isnin, 24 Ogos 2009

KARTIKA DIBEBASKAN BUAT SEMENTARA


BERITA TERKINI. KUANTAN: Kartika Sari Dewi Shukarno, yang dijadualkan untuk menjalani hukuman sebat di Penjara Kajang hari ini atas kesalahan meminum arak, telah dibebaskan buat sementara waktu, demikian kata Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz.

Exco Hal Ehwal Agama, Dakwah, Perpaduan dan NGO itu berkata, ini kerana adalah tidak sesuai untuk melaksanakan hukuman sebat itu pada bulan puasa.

Katanya, pegawai dari Jabatan Agama telah ke kediaman keluarga Kartika di Sungai Siput, Perak pagi Isnin untuk menyerahkan waran tangkap ke atasnya bagi membolehkan dia dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman sebat sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan baru-baru ini.

"Pada masa yang sama, mereka juga telah menerima sepucuk surat daripada Jabatan Peguam Negara menasihati mereka supaya membebaskan Kartika buat sementara waktu memandangkan sekarang adalah bulan puasa dan adalah tidak wajar hukuman tersebut diteruskan pada bulan Ramadan ini.

"Bagaimanapun, keputusan hukuman tersebut tetap berkuatkuasa dan ia akan dilaksanakan selepas bulan Ramadan," kata Sahfri

Sementara itu di SUNGAI SIPUT: laporan terdahulu menyebut tiga pegawai dari Jabatan Agama Negeri telah mengunjungi rumah bapa Kartika awal pagi ini dan membawanya dalam sebuah van. Bagaimanapun menurut ayah Kartika, Shukarno Abdul Mutallib, 30 minit selepas itu Kartika dihantar pulang selepas pegawai tersebut meneriman arahan daripada 'pihak atasan' untuk membebaskanya.

Pegawai dari jabatan agama tersebut mengatakan buat masa ini hukuman tersebut tidak boleh dijalankan.

Sebelum ini Kartika, 32, dikatakan akan menjalani hukaman sebat keatasnya minggu ini tetapi tiada tarikh yang telah ditetapkan.

Badan bebas antarabangsa, Amnesty International mengecam tindakan tersebut kerana ia akan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sederhana.

Belum ada pengesahan sama ada Kartika akan dipenjarakan semula sebelum hukaman sebatan tersebut dijalankan.

Menurut seorang pegawai dari Jabatan Islam tersebut, Badaruddin Ahmad Bustami, pegawai dari penjara enggan menerima Kartika atas sebab-sebab yang tidak diberitahu.

"Kami tidak tahu apa yang patut dilakukan. Kami akan berbincang dengan mahkamah Syariah berhubung perkara ini sama ada hukuman tersebut telah ditarik balik," kata Badaruddin kepada Associated Press.

Pegawai dari jabatan penjara tersebut gagal dihubungi.

Shukarno berkata mereka akan membuat laporan polis selepas ini berhubung dengan pembebasan anaknya itu.

Jelasnya dia sendiri tidak faham tentang apa yang berlaku dan bimbang sekiranya pegawai polis akan menuduh anaknya melarikan diri daripada hukuman tersebut.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut. Ketika keluar dari rumahnya Kartika mengelak daripada memberi sebarang komen kepada media. AP

Ahad, 23 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDAN DAN SELAMAT BERPUASA


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA AHLI UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN, SEMUA KETUA DAN JAWATANKUASA SERTA AHLI UMNO PARLIMEN ROMPIN. SEMUGA ALLAH MENERIMA DAN MEMBERKATI AMALAN KITA DIBULAN PUASA TAHUN INI............................. AMIN

Jumaat, 21 Ogos 2009

JKKK perlu mampu merasai denyut nadi masyarat setempat


KUALA ROMPIN - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu mampu merasai denyut nadi permasalahan masyarakat di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Kapten (B) Mohd Johari Hussain berkata, sebagai ‘jari-jari’ kerajaan negeri, JKKK tidak boleh menjadi kaku atau tidak berfungsi dengan baik menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Menurutnya, dengan adanya JKKK yang berfungsi baik di setiap kampung, apa jua perancangan dan pelan tindakan kerajaan akan terus sampai kepada golongan sasaran.

“JKKK merupakan nadi kerajaan dan berfungsi sebagai barisan hadapan yang mengetahui permasalahan dan kehendak rakyat di peringkat akar umbi sebelum disampaikan kepada kepimpinan negeri,” katanya ketika ditemui pada Program Info Bestari dan Mesra Rakyat.

Mohd Johari berkata, JKKK harus bijak mentadbir kampung supaya persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan yang mentadbir dapat dileraikan dengan tenang dan profesional.

“JKKK perlu diberikan maklumat secukupnya serta dibekalkan dengan ilmu.

“Melalui pendedahan sebegini, kerajaan percaya JKKK akan mendapat pengetahuan secara asas berhubung peranan mereka serta tanggungjawab kepada masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu juga, beliau mahu semua JKKK menggerakkan pemuda di kampung masing-masing dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti mengawal keselamatan kampung.

Beliau berkata, peranan generasi muda dalam membantu pentadbiran kampung dapat menghindari mereka daripada gejala sosial yang sering berlaku melibatkan golongan berkenaan.

“Bila mereka (generasi muda) ini diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk membantu pentadbiran JKKK, saya percaya golongan ini boleh memainkan peranan mereka dengan lebih baik lagi seterusnya menghindari gejala tidak sihat,” katanya.

Khamis, 20 Ogos 2009

OKU DIMINTA MENDAFTAR DENGAN JKM AGAR TIDAK BERLAKU KECICIRAN


SETAJAM - Golongan orang kurang upaya (OKU) diminta mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan yang disediakan kerajaan.

Pegawai JKM Daerah Rompin, Liana Mohamed berkata, masih terdapat OKU yang layak mendapat bantuan tetapi tidak berdaftar dengan JKM menyebabkan kesukaran usaha membela nasib golongan itu.

Menurutnya, sekiranya mereka berdaftar melalui JKM banyak keistimewaan akan diperoleh termasuk mendapat elaun khas yang dibayar setiap bulan kepada golongan berkenaan.

“Saya meminta kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU supaya berdaftar dengan JKM daerah untuk tindakan selanjutnya kerana terdapat keistimewaan sekiranya golongan ini didaftarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Dialog antara Ketua-Ketua Jabatan pada Program Info Bestari Rakyat Daerah Rompin.

Liana berkata, sebanyak RM150 sebulan diperuntukkan kerajaan bagi skim OKU yang tidak berupaya bekerja disebabkan keadaan fizikal mereka, tetapi golongan itu perlu berdaftar dengan jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

“Mereka perlu berdaftar dengan JKM dan jika belum berbuat demikian, JKM bersedia pada bila-bila masa membantu mereka mendapatkan kad pengenalan OKU.

“Jadi, saya harap tidak wujud kebimbangan atau keresahan di kalangan golongan OKU kerana kerajaan akan sentiasa mengambil langkah untuk memudahkan pemberian bantuan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan warga emas yang berumur 60 tahun yang mempunyai cukup syarat dan kelayakan tertentu agar membuat permohonan kepada JKM untuk mendapatkan elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan.

“Sasaran bantuan ini kepada warga emas saja, dan mereka ini mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan seperti tidak mempunyai pendapatan tetap, hidup berseorangan dan keluarga tidak mampu untuk menampung kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata, Mukim Endau adalah jumlah paling ramai menerima bantuan JKM yang mana seramai 367 penerima adalah dari mukim itu dengan 866 jumlah keseluruhan jumlah penerima bagi daerah itu.

Isnin, 17 Ogos 2009

SELESAI SUDAH PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN ROMPIN



Selesai sudah persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rompin yang dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam ucapaannya serba sedikit dia menyentuh beberapa perkara seperti

Masyarakat Melayu telah diajar turun temurun dengan sifat-sifat mengenang jasa atau budi, anak-anak masyarakat Melayu wajib mengenang jasa ibubapa yang melahirkan, membesarkan serta mendidik mereka sehingga dewasa, sehingga menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berguna serta berbakti kepada kepada ibubapa.

Budaya mengenang budi diperturunkan kepada generasi ke generasi dalam masyarakat Melayu bukan sahaja ditumpukan kepada ibubapa, tetapi kepada masyarakat seluruhnya, khusus juga kepada guru-guru dan para pemimpin yang telah berbudi dan berjasa.

Budaya mengenag jasa atau budi ini semakin hari semakin telah mula lenyap dari kalangan masyarakat Melayu dengan kehadiran elemen-elemen baru yang mengubah pemikiran dan budaya mereka. Budaya tidak mengenag jasa atau budi yang telah menular ini, mesti diterapkan serta di bendung semula, kalau tidak ianya dikhuatiri akan menular dikalangan anak-anak yang tidak ada sifat-sifat mengenang jasa dan budi kepada ibu bapa.

Itulah sebahagian ucapan YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rompin, Pahang di Auditorium UNITEN, Muadzam Shah pagi tadi.

Mengulas ucapan Shafie, masyarakat Melayu sekarang agak sudah jauh hanyut dengan budaya mengenang jasa, orang Melayu sudah pandai mengenepikan budaya ini apabila telah ditenggelamkan dengan dakyah dan hasutan dari kalangan orang Melayu sendiri yang terlalu mengejar kuasa dan jawatan.

Sebahagian besar umat Melayu telah melupakan jasa-jasa kepimpinan UMNO terdahulu yang berjuang untuk memartabatkan bangsa dan agama. UMNO memulakan tanggungjawab memerdekakan bumi Melayu dan umat Melayu dari penjajahan, kepimpinan UMNO yang bermula dari Tunku Abd Rahman, diteruskan oleh Tun Abd Razak, Tun Husien Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan dipertanggungjawabkan pula kepada Dato’ Sri Najib untuk meneruskan pembangunan bangsa Melayu melalui pendidikan dan ekonomi.

Orang Melayu jangan lupa, kerana kebijaksanaan kepimpinan UMNO telah meletakkan taraf orang Melayu daripada tidak berpedidikan sehingga melahirkan ramai cerdik pandai dari kalagan orang Melayu termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada sekarang. Selain pembangunan akademik, UMNO juga merancang dasar-dasar pembangunan ekonomi, pembangunan kekeluargaab dan kemudahan-kemudahan asas dalam masyarakat Melayu diseluruh Negara.

Orang Melayu termasuk pemimpin-pemimpin PAS & PKR tidak harus menafikan jasa-jasa yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO dalam menerajui kerajaan Melaysia untuk memartabatkan bangsa dan agama. Janganlah kerana, terlalu taksub dengan dakyah orang-orang tertentu yang begitu rakus serta bernafsu kuat untuk menrebut kuasa dan jawatan, kita berterusan hanyut sehingga membuang jauh-jauh budaya mengenang jasa dalam pemikiran kita.Jangan jadikan diri kita golongan Melayu yang sudah hilang nilai-nilai budaya mengenag jasa UMNO kerana hasutan pengkhianat-pengkhianat ini walaupun begitu jelas dan nyata bagaimana golongan pengkhianat ini sanggup menggadai maruah bangsa dan agama semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan jawatan.



Ahad, 16 Ogos 2009

AHLI PAS PERLU BERANI MENEGUR PEMIMPIN MEREKA


ROMPIN: Anggota PAS perlu lebih bertanggungjawab dan berani menegur pemimpin mereka yang dilihat sanggup membenarkan DAP menghina Islam.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan pemimpin mereka yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa.

"PAS hari ini kita lihat sanggup mengorbankan prinsip mereka demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara.

"Jika mereka bertanggungjawab, mereka tidak sepatutnya mengizinkan pemimpin mereka menghina Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Rompin dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak mempunyai pendirian konsisten apabila menghalalkan pemimpin DAP menghina Islam.

"Ahli PAS sendiri perlu bangkit dan membetulkan keadaan kerana Umno hanya mampu bertindak dari luar.

"Mereka sepatutnya berani menegur pemimpin mereka dan bukannya terus memberi ruang kepada lebih banyak keburukan berlaku," katanya.

"Dalam Al-Quran sendiri telah tercatat bahawa agamaku untukku dan agamamu untukmu. Ini bermaksud kita perlu menghormati agama lain tetapi jangan pula kita membiarkan agama lain menghina kita," katanya.BERNAMA

Khamis, 6 Ogos 2009

ROMPIN MASIH ADA PEMIMPIN


Pada 4hb. Ogos 2009 Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada bakal Duta Besar ke Amerika Syarikat, Dato’ Sri Dr. Jamaludin Jarjis, di Istana Negara. Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu akan mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Rajmah Hussain yang telah bersara pada Jun tahun lepas.

Sekalung tahniah kepada Dato’ Sri JJ, juga Ahli Parlimen Rompin dan Ketua UMNO Bahagian Rompin yang telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri. Sebelum ini, Rompin telah dianugerahkan seorang Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia, YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, merangkap ADUN Muadzam Shah dan YB Dato’ Mohamad Shafri Abd Aziz, dilantik Exco Kerajaan Negeri Pahang, ADUN Bukit Ibam.

Rompin, juga tidak ketandusan tokoh kepimpinan yang berwibawa sebelum kemunculan tiga tokoh tersebut, Dato’ Hasan Arifin juga pernah dilantik jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang, bekas ADUN Tioman dan Bukit Ibam yang sekarang ini memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin. Di atas perlantikan Dato’ JJ sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat, sementara waktu ketiadaan Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Rompin dibarisi Timbalan Ketua, Dato’ Hasan Arifin, Naib Ketua Dato’ Maznah Mazlan dan Ketua Pemuda Dato’ Mohamad Shafri.

yanggambi mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri JJ dan selamat menjalankan tugas di Amerika Syarikat bermula dari September 2009

KOMEN

Dengan adanya kepimpinan seperti YBHG. Dato’Haji Hasan bin Arifin, Dato’ Maznah Mazlan, Dato’ Mohd Safri dan ADUN Tioman Johari bin Hussain rakyat di parlimen Rompin tidak perlu pilihanraya yang dicanangkan oleh blog blog Pakatan Rakyat. Kepimpinan kami masih boleh bergerak dan memajukan Rompin. Insyaallah.




TIDAK MENJADI MASALAH BAGI PENDUDUK ROMPIN


Kerajaan Barisan Nasional dicadangkan agar meminta Datuk Dr Jamaluddin Jarjis melepaskan jawatannya sebagai anggota Parlimen Rompin sebelum beliau berlepas ke Amerika Syarikat selepas dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke negara itu.

Inilah pandangan umum bagi memastikan rakyat kawasan Rompin mempunyai wakil rakyat yang berkhidmat.

Semalam Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri kepada Jamaluddin.
Persoalannya Kenapa beliau dihantar bertugas jauh dari pengundinya?
Kepada siapa orang di parlimen Rompin hendak mengadu nasib selepas ini...?
Sia sia kalau Mp yang dipilih susah nak dihubungi dan tidak dapat berkhidmat untuk kawasan..
jadi layakah beliu di panggil wakil rayat Rompim ?

Petikan dari : http://batuvskayu.blogspot.com/


Komen

Walaupun jauh dari Rompin apakah Dato' Sri tidak boleh berkerja, beliau telah melantik wakilnya disetiap ADUN. Tentu dia akan melantik seorang dua yang akan menjalankan peranan bagi kemajuan Rompin. Bagi kami jauh atau dekat tidak ada masalah. yang pasti hasrat rakyat tercapai.

Selasa, 4 Ogos 2009

AHLI UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN CIPTA SEJARAH NEGARA



KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Jaguh angkat berat negara, Amirul Amizan Ibrahim memperbaharui rekod kebangsaan bagi kategori 56kg lelaki apabila berjaya membuat angkatan beban 146kg dalam acara Clean & Jerk pada kejohanan Mini Olimpik di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil Isnin.


Dalam acara tersebut, Amirul Amizan memperoleh dua pingat emas apabila berjaya mengangkat beban 115kg bagi acara Snatch dan 146kg bagi acara Clean & Jerk. Beliau yang sebelum ini mencipta rekod kebangsaan bagi kategori yang sama ketika beraksi dalam temasya Sukan Komanwel, Manchester pada 2002 dengan angkatan 145kg. Amirul berkata beliau rasa gembira kerana hasratnya untuk memperbaharuhi rekod tercapai hari ini.

"Sejak daripada awal lagi saya telah dapat menjangka dapat perbaharuhi rekod hari ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Amirul berkata walaupun mengalami kecederaan di siku kiri, beliau masih gigih membuat persiapan bagi menghadapi Sukan SEA di Laos pada awal Disember ini.

"Persaingan di Laos nanti amat mencabar kerana ramai atlet angkat berat Asia akan turun padang namun demikian saya akan cuba untuk melakukan angkatan yang terbaik di sana nanti," katanya.
Sementara itu, dua pingat emas bagi kedua-dua acara dalam kategori 52kg lelaki menjadi milik Mantin Guntali setelah beliau berjaya mengangkat beban seberat 97kg bagi acara Snatch dan 130kg bagi acara Clean & Jerk.

Bagi kategori lelaki 62kg, atlet kebangsaan Arico Jumith berjaya memungut dua pingat emas bagi kedua-dua acara. Arico berjaya mengangkat beban 121kg bagi acara Snatch dan 145kg bagi acara Clean & Jerk.
Bagi kategori 69kg lelaki pula, atlet kebangsaan Mohd Hafifi Mansor memperoleh pingat emas dalam kategori Snatch apabila berjaya mengangkat beban 132kg.

Pingat emas bagi acara Clean & Jerk kategori tersebut menjadi milik Mohd Faerul Taib dengan angkatan 165kg. Bagi acara wanita, kategori 48kg dikuasai oleh atlet kebangsaan Zaira Zakaria yang memperoleh pingat emas bagi kedua-dua acara setelah berjaya membuat angkatan 67kg bagi acara Snatch dan 86kg bagi acara Clean & Jerk.

Seorang lagi atlet kebangsaan Raihan Yusof pula menyapu bersih dua pingat emas bagi kedua-dua acara untuk kategori 53kg wanita apabila berjaya membuat angkatan 75kg bagi acara Snatch dan 90kg bagi acara Clean & Jerk.

-- BERNAMA


CATATAN

Amirol ialah salah seorang ahli pemuda UMNO Cawangan Kuala Rompin, Pahang