TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Sabtu, 23 Januari 2010

ALFATIHAH - SULTAN JOHOR MANGKAT


Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.
Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.
Istiadat Pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkannya.

Ahad, 17 Januari 2010

PEKAN SEHARI DIROMPIN

Jika Anda berkunjung ke Bandar Rompin di Hari Minggu, jangan lupa berkunjung ke Pekan Sehari berhampiran dataran Rompin atau lebih mudah berhampiran Hentian Bas Rompin. Disini anda akan temui berbagai jenis kueh, buah-buahan , dan bermacam-macam jualan sehinggalah ke Kasut. Pekan Sehari ini akan beroperasi dari jam 7.00pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Tiap-tiap minggu Pekan Sehari ini akan beroperasi.




Sabtu, 9 Januari 2010

BANGUNAN UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN HAMPIR 75% KEMAJUAN PEMBINAAN

TINGKAT BAWAH YANG TELAH SIAP DINDING


TINGKAT SATU DIJANGKA SIAP PADA 25HB. JANUARI



Bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin, pembinaan berjalan dengan sempurna, tingkat bawah telah siap pada keseluruhannya. Tingkat satu akan siap pada 25hb. Januari 2010 dan tingkat dua akan siap paling awal pada 15hb. Februari 2010. Keseluruhan bangunan Umno di Jangka akan siap pada bulan Jun atau Julai 2010. Permohonan Kebenaran menduduki daripada Majlis Daerah Rompin di Jangka pertengahan Bulan Julai 2010. Kami berharap agar Bangunan UMNO Cawangan Kuala Rompin dapat digunakan pada Pilihanraya ke 13 nanti ... Insyaallah

Jumaat, 8 Januari 2010

KLINIK 1MALAYSIA DIROMPIN, SATU TUJUAN, SATU FAHAMAN, SATU ARAH TUJU PERLU ADA



Petikan dari bernama untuk difikirkan dan dihayati

Pembukaan Klinik 1Malaysia di Lembah Subang mendapat reaksi positif penduduk setempat apabila sekurangkurangnya 20 pesakit mendapatkan rawatan di klinik berkenaan setiap hari.

Sejak dibuka Isnin lepas, penduduk tanpa mengira bangsa dan usia tidak putusputus mengunjungi klinik itu untuk mendapatkan rawatan terutamanya untuk penyakit ringan seperti demam, selesema dan batuk.

Jururawat Terlatih Rasmah Talib berkata sejak dibuka, klinik itu juga telah melakukan rawatan mencuci luka dan mencuci mata.

Bercakap kepada Bernama selepas majlis pelancaran Klinik 1Malaysia Lembah Subang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini, Rasmah berkata operasi di klinik itu turut dibantu penolong pembantu perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.

"Syif pertama bermula pada 10 pagi hingga 6 petang, manakala syif kedua mulai 6 petang hingga 10 malam akan diambil alih oleh kakitangan Klinik Kesihatan (KK) Kelana Jaya," katanya.

Menurutnya operasi klinik itu turut dipantau doktor dari KK Kelana Jaya yang akan melawat klinik berkenaan setiap minggu, selain akan turut dikunjungi pakar perubatan keluarga dan pakar kaunseling pemakanan.

Beliau juga berharap supaya petugas di klinik berkenaan akan ditambah pada masa akan datang memandangkan ramai penduduk yang mendapatkan rawatan di situ.

Sementara itu, kebanyakan penduduk yang ditemui menyifatkan penubuhan klinik itu memudahkan mereka kerana tidak perlu ke KK Kelana Jaya yang agak jauh dari kawasan perumahan berkenaan.

G.Rajeshwari, 30, berkata sebelum ini beliau dan keluarga terpaksa menaiki teksi kirakira RM15 sehala untuk ke KK Kelana Jaya untuk mendapatkan rawatan.

Pendapat itu disokong Zaleha Yunos, 38, yang perlu membayar tambang teksi yang agak mahal untuk ke klinik kerajaan terdekat kerana kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Menurut Hasny Hashim, 47, kewujudan klinik 1Malaysia di Lembah Subang itu dijangka mengurangkan kesesakan di KK Kelana Jaya kerana sebelum ini kebanyakan penduduk hanya akan berkunjung ke klinik berkenaan.

Mohamad Mansor, 68, yang menghidap sakit tua, berterima kasih kepada kerajaan kerana menubuhkan klinik itu dan memudahkannya untuk mendapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.

Sementara itu kunjungan di Klinik 1Malaysia Kerinchi yang turut dirasmikan Perdana Menteri hari ini juga mendapati klinik itu sesak dengan penduduk sekitar yang ingin mendapatkan rawatan.

Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Permai, Samsiah Jaafar, 50, berkata klinik itu akan memudahkan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

"Senang nak bawa anak ke sini kalau suami bekerja. Jalan kaki sahaja. Sebelum ini kami perlu ke klinik kerajaan Kerinchi," katanya yang juga surirumah sepenuh masa.

Sabarani Daud, 46, yang tinggal di PPR Kerinchi pula berkata klinik itu akan memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan terutamanya mereka yang tiada kenderaan serta warga tua.

Sehingga kini sebanyak 44 Klinik 1Malaysia telah mula beroperasi di seluruh negara mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam termasuk pada cuti umum, dengan bayaran minimum RM1.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah rawatan ringan seperti batuk, demam dan selesema, rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma, prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan serta khidmat nasihat kesihatan. - BERNAMA


Komen.

Dipaparkan cerita diatas untuk menjadi garis panduan kepada UMNO Bahagian Rompin Khasnya dan sesiapa yang ingin menggerakkan program Klinik 1Malaysia. Perbincangan hurus dibuat dengan Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah. Anda boleh membuat pelancaran Peringkat Negeri atau Daerah. Jika perbincangan dalam 1Hati dan 1Tujuan Insyaallah perkara ini dapat diibuat dengan tersusun dan indah. Di Rompin kawasan atau tempat yang sesuai di adakan Klinik 1Malaysia dicadangkan ( 1 ) Di Selancar, tempatnya berhampiran dengan balai Polis Selancar. ( 2 ) Muadzam Shah dicadangkan di Pejabat Pentadbiran Persatuan Teksi, Muadzam Shah dan di Rompin Pantai dicadangkan di Tg. Gemok di Gerai MDR. Jika tempat yang dicadangkan ini di kemukakan kepada Jabatan Kesihatan rasanya mereka setuju memandangkan kawasan sasaran yang dicadangkan amat sesuai. Apa lagi moh kita sama-sama melonjakkan UMNO Rompin yang pertama di Pahang menyahut saranan PM kita ........ apa lagi, nak tunggu Ketua UMNO Bahagian bagi arahan baru nak buat............. maaf seloka jumaat aja.






Khamis, 7 Januari 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT - UMNO ROMPIN BILA LAGI


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru semua lapisan rakyat di seluruh negara untuk menyokong aspirasi parti dan kerajaan termasuklah bersedia terhadap perkembangan semasa khususnya program terbaru yang dinamakan Juara Rakyat.

Dalam hal ini katanya, semua peringkat dalam masyarakat khususnya para pemimpin termasuklah di peringkat akar umbi perlu memahami hasrat Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya untuk melihat parti ini lebih berjiwa rakyat dan terus berada di landasan perjuangannya.

“Kita telah pun menggariskan tumpuan yang bakal dilalui oleh ahli-ahli parti dan rakyat keseluruhannya dalam memastikan kesinambungan perjuangan terus relevan dengan mengaktifkan melalui progam dan aktiviti yang bertemakan Juara Rakyat,” katanya.

Dalam perancangan yang digariskan tahun lalu, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi yang bermesyuarat telah meluluskan program bagi tahun 2010 akan dimulakan dengan pelaksanaan program yang bertemakan ‘Juara Rakyat’.

“Sebenarnya program yang dirancang tersebut bukanlah sesuatu yang asing tetapi ia diperincikan dengan lebih teratur dan mantap melalui pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, perekonomian, sosial dan NGO serta pelbagai lagi jenis program yang telah ditentukan.”

Jelas beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), program tersebut tidak mengkhusus kepada UMNO semata-mata tetapi ia merangkumi penglibatan langsung rakan-rakan kompenan dalam BN dalam usaha untuk terus bersama-sama menggembling tenaga memastikan kerukunan dan keharmonian terpelihara.

“Melalui program-program tersebut, kita akan memastikan bahawa tidak akan ada rakyat yang terpinggir atau merasa tersisih kerana mereka akan terlibat secara langsung dalam menjayakan setiap perancangan sama ada di peringkat pusat, bahagian atau cawangan sekalipun,” jelas beliau lagi.

Selaras dengan itu, beliau turut menggesa semua lapisan masyarakat bergerak aktif dan tidak leka dengan matlamat perjuangan untuk terus memperkasa bangsa Malaysia dan memastikan kekukuhan kerajaan berterusan dan terus terpelihara.

“Kita jangan terlalu asyik menyaksikan pergolakan yang berlaku dalam parti lawan hinggakan kita lalai untuk melaksanakan tanggungjawab kita seperti mana yang telah digariskan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Lantaran itu, beliau menyeru semua masyarakat dan penduduk setempat di kawasan Hulu Selangor, Ibu Kota dan kawasan berhampiran agar bersama-sama dalam menjayakan program Juara Rakyat yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok sehingga ke hujung minggu ini.

“Pelbagai program yang ada pastinya akan dapat membuka minda dan berkongsi matlamat kerajaan dalam manifestasi melihat rakyat dan pemimpin seiring iaitu rakyat memahami aspirasi pemimpin dan pemimpin sendiri menyelami kehendak masyarakat,” katanya.

Tegas beliau juga, program tersebut adalah peluang terbaik kepada rakyat untuk mengenali pemimpin negara yang akan berada bersama-sama sepanjang tiga hari tersebut.


Komen

UMNO Bahagian Rompin, Pemuda, Wanita dan Puteri bila lagi nak buat, rancanglah dari sekarang, bila dah panas cuaca sikit bolehlah jalan terus. rancang biar tersusun, adakan pameran untuk sasaran semua rakyat tidak kira yang tua, wanita, remaja dan semua golongan. Pastikan semua jabatan kerajaan terlibat. agensi pendidikan, agensi pekerjaan dan lain-lain , biar program berfaedah kepada rakyat jangan syok sendiri....... amin jangan marah.

Rabu, 6 Januari 2010

MAHKAMAH TINGGI MENANGGUHKAN KEBENARAN PENGGUNAAN KALIMAH "ALLAH" OLEH MAJALAH MINGGUAN KATOLIK

Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.

Hakim Datuk Lau Bee Lan, yang mengeluarkan perintah sebelum ini pada 31 Disember tahun lepas, membuat keputusan itu di dalam kamar hari ini selepas pertemuan dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan peguam Derek J.Fernandez bagi Ketua Paderi Tan Sri Murphy Pakiam selama 30 minit.

Fernandez memberitahu pemberita bahawa Lau bersetuju untuk merekodkan penangguhan itu atas persetujuan.

Abdul Gani bersyukur kerana ada perjanjian bagi penangguhan itu.

"Bagi saya, ia melibatkan kepentingan negara, tiada keperluan untuk terbabit dalam hujah untuk penangguhan," katanya.

"Saya amat bersyukur dengan rakan saya yang bijaksana yang telah bersetuju untuk penangguhan dan kami akan cuba agar perkara ini didengar secepat mungkin dalam Mahkamah Rayuan, saya percaya ia akan diadakan secepat mungkin," katanya.

Pada Selasa, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan dengan Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu.

Abdul Gani berkata proses segera itu tidak sepatutnya disalah tafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Saya perlu menyatakannya sekali lagi, tidak perlu ada sebarang persepsi berhubung perkara ini memandangkan adalah lebih baik perkara ini didengar dengan segera. Ia tidak bermakna ada sesuatu yang tidak kena, jangan biar persepsi seperti ini.

"Apa yang penting ialah supaya perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Kita semua perlu menghormati keputusan mahkamah," katanya.

Ketika ditanya jika terdapat tekanan dalam kes ini, beliau menjawab:" Anda tidak boleh kata ada tekanan dalam kes ini memandangkan terdapat tekanan dalam semua kes. Saya tidak mahu memberikan sebarang persepsi sekarang, biar perkara itu selesai."

Peguam Fernandez berkata pihaknya bersetuju dengan permintaan Peguam Negara untuk penangguhan berikutan kepentingan kepentingan negara sebelum tindakan selanjutnya di Mahkamah Rayuan.

"Kami bimbang dengan pelanggaran peraturan sub judis oleh banyak pihak yang tidak menghormati mahkamah. Tan Sri memberi jaminan kepada kami beliau akan meneliti perkara itu," katanya.

Pada 31 Disember, Hakim Lau memutuskan bahawa lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah itu daripada segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.

Katanya lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" kepada orang Islam untuk menyebarluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama.

Pada 16 Februari, Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Beliau mendakwa perkataan 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah itu, yang dicetak dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah "Allah" sebagai terjemahan untuk "God" dalam seksyen bahasa Melayu.

Kalimah 'Allah' digunakan dengan meluas di kalangan penduduk asli Kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri telah mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam. -BERNAMA

Selasa, 5 Januari 2010

CUBA KITA FIKIR SEJENAK


Ketika kerajaan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawabnya dengan mengekalkan kesejahteraan dan terus unggul meletakkan negara di persada antarabangsa, pakatan pembangkang terus berfikiran sempit ibaratnya negara baru sahaja merdeka.

Inilah yang dikatakan ketinggalan dan dangkal menghadapi masa hadapan hinggakan gagal melibatkan diri dalam setiap usaha bersama termasuklah agenda perpaduan dan kebersamaan dalam kepelbagaian.

Lihatlah sahaja sebelum ini, jika benar pakatan campuran mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, tentunya perilaku sumbang dan perbuatan yang sememangnya di luar dari kewarasan akal tidak akan berlaku termasuklah pelbagai propaganda bombastik dan demostrasi jalanan.

Tuduhan kepada pemimpin-pemimpin atasan dalam UMNO/BN, manipulasi atas apa yang dilakukan biarpun kerajaan memberikan kesenangan dan bantuan termasuklah wang ihsan, mengeluarkan kenyataan demi kenyataan menyelar Perdana Menteri termasuklah doa-doa yang meminta keburukan dan kehancuran.

Namun demikian, masa yang berlalu membawa pengertian tersendiri lantas menunjukkan bahawa padahnya apabila meludah ke langit kerana pasti akan terkena wajah sendiri.

Kecelaruan yang berlaku bukan dalam UMNO sebaliknya parti tersebut semakin teguh dan kukuh sedangkan dalam masa yang sama, pakatan campuran sama ada PAS, DAP dan PKR menghadapi masalah kepimpinan dan hilangnya keyakinan masyarakat terhadap mereka.

Seharusnya bukankah lebih baik jika mereka menumpukan kepada masalah setempat dan masalah ekonomi dalam negara yang jelas lebih penting daripada mencari cacat cela dan keburukan kerajaan.

Kematangan berpolitik perlu dijadikan landasan dan keputusan yang dibuat juga perlu diterima dengan tenang tanpa sebarang propaganda atau demonstrasi sebagaimana yang seringkali terjadi apabilaadanya rasa tidak puas hati.

Untuk mudah difahami, senang cakap bahawa UMNO enggan melayan kerenah pakatan campuran yang bagaikan gila populariti hingga sanggup menjadikan hal-hal remeh sebagai alat sedang rakyat menjadi mangsa dalam permainan sandiwara mereka.

Sedarkah pakatan campuran dan rakyat yang menjadi mangsa dalam permainan politik mereka. Dalam hal ini, bukankah lebih baik tumpuan diberikan kepada krisis yang melanda sedang isu-isu tempatan termasuk masalah sosial semakin membimbangkan.

Adakah dengan hanya permainan politik sahaja, anak-anak di rumah ada tangan yang menyuapkan atau buku-buku persekolahan dapat tersedia dengan sekelip mata. Lantas, apabila beban tersebut gagal dilunaskan maka dilontarkan pula setiap permasalahan kepada kerajaan Pusat.

Dalam hal ini, ada pihak yang sengaja menjadi dalang dalam membayangi minda rakyat untuk membenci UMNO, meletakkan setiap kesalahan atas galas bahu UMNO dan lebih teruk lagi berusaha untuk menghancurkan UMNO bukan sahaja dari luar malah meletakkan gunting dalam lipatan agar UMNO dengan sendirinya punah dari dalam.

Realiti sebenar UMNO dikaburkan oleh pihak tertentu iaitu sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar untuk kesejahteraan semua.

Oleh itu, terimalah kenyataan agar pentadbiran yang licin dan terancang dapat dilaksanakan demi untuk kesejahteraan masyarakat termasuklah ahli-ahli dalam pakatan campuran sendiri.


Petikan dari UMNO online

Isnin, 4 Januari 2010

KEMENTERIAN DALAM NEGERI AKAN KEMUKAKAN RAYUAN DIMAHKAMAH

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan rayuan secepat mungkin ke mahkamah lebih tinggi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lepas membenarkan mingguan gereja Katolik, Herald, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

"Kerajaan menyedari bahawa isu agama adalah perkara yang sangat sensitif di negara ini. "Memandangkan isu ini melibatkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah menerusi undangundang, maka pihak Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji semula perkara ini dan mengemukakan rayuan secepat mungkin ke mahkamah yang lebih tinggi," kata Menteri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata semua pihak diminta tidak melakukan sesuatu yang boleh menyinggung manamana pihak serta boleh menjejaskan kehidupan masyarakat berbilang kaum serta menimbulkan masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara sementara menunggu keputusan rayuan itu.

"Dalam menangani isu ini, jangan ada pihak yang bertindak di luar peraturan dan undangundang kerana kita di negara ini telah melalui pelbagai cabaran dan ujian, dan segala halangan serta masalah telah dapat kita tangani dengan menggunakan akal yang waras," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hishammuddin berkata, KDN akan bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara dan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta menggunakan sumber dan kekuatan undangundang termasuk Perlembagaan bagi memastikan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi terus terjamin.

Beliau berkata KDN akan meneliti dan mengkaji semua maklum balas dan pandangan sebelum melihat kemungkinan meneliti peruntukan undangundang sedia ada. "Ia termasuk fasalfasal dalam Perlembagaan Malaysia bagi mengukuhkan hak dan kedudukan agama Islam agar ia tidak boleh lagi dicabar oleh manamana pihak pada masa akan datang. Sudah sampai masanya perkara ini dibuat kajian secara mendalam," katanya.

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam. BERNAMA


Komen

Itulah jalan penyelesaian yang terbaik.

Ahad, 3 Januari 2010

TANIAH PPU BAHAGIAN ROMPIN DAN NGO KERANA MENGADAKAN DEMO SECARA AMAN.



Taniah dari UMNO Cawangan Kuala Rompin kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin, YB. Dato' Mohd. Sahfri bin Aziz, Pengerusi dan Ketua NGO yang turut serta dalam Demo secara Aman kerana menentang penggunaan kalimat ALLAH oleh Penganut Agama lain didalam Malaysia.

UMNO Cawangan Kuala Rompin hanya menghulur tangan kehadrat Ilahi dengan kesedaran YB. Dato' dirasakan inilah julung-julung kalinya Demo secara aman dilakukan di Negeri Pahang. UMNO Cawangan Kuala Rompin berharap dengan Demo ini Rakyat Malaysia dapat menghayati dan menghormati antara satu sama lain dan hidup aman damai didalam Negara yang bertuah dan disayangi


Sebahagian dari wakil Belia

Terdapat juga wakil dari kaum Bapa


kedatangan peserta demo Aman ditempat letak kereta Dewan Selancar 4 dan 5


Peserta mula bergerak untuk dijadikan satu barisan dihadapan Dewan

Sabtu, 2 Januari 2010

SAYA HARAP DATUK SAHOL AKAN JAGA UITM BAIK-BAIK



PETALING JAYA: "Saya berharap Datuk Sahol menjalankan tugasnya sebagai Naib Canselor yang baru dengan baik."

Demikian harapan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah kepada penggantinya, Datuk Prof. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar.

Ibrahim berkata, beliau mengharapkan Sahol akan meneruskan perjuangannya dalam mengangkat UiTM sebagai salah sebuah universiti terbaik dan sebagai institut pengajian tinggi bertaraf dunia.

"Saya harap Datuk Sahol akan jaga UiTM baik-baik, jaga pelajar-pelajar dan semua staff yang ada," katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah anak kepada bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Nur Jasni dan Liza Mydin di sini hari ini.

Kata Ibrahim, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu juga harus sentiasa berpegang pada prinsip dan falsafah UiTM supaya dapat mengimbangkan kedudukan antara kaum bukan sahaja bidang pendidikan tetapi juga modal ekuiti bangsa Melayu yang tidak berbelah bagi.

"Kita harus bersatu hati dalam menebus maruah orang Melayu. Jangan sesekali kita lupa asal usul bila sudah berjaya.

"Sentiasa ingat asal usul kita," katanya.

Beliau turut berharap isu yang sering ditimbulkan mengenai UiTM seperti kuota tidak lagi timbul dan berharap kaum lain faham dan tidak menjadikan ia sebagai isu.

"Saya juga berharap ahli politik jangan mencampur adukkan perkara-perkara yang tidak berkaitan. Beri kita peluang untuk mainkan peranan," katanya.

Katanya lagi, pelajar-pelajar tidak seharusnya berputus asa jika isu-isu begini dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengharapkan pelajar-pelajar UiTM membuktikan diri sebagai insan cemerlang.

"Beri kita (orang Melayu) peluang untuk buktikan diri. Mereka kata orang Melayu pemalas, beri kita peluang untuk perbetulkan diri," ujarnya.

Dalam pada itu, Ibrahim turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepadanya menerajui UiTM selama sembilan tahun.

"Terima kasih juga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak membantu saya dalam memperjuangkan UiTM," katanya.

Ditanya mengenai perancangan beliau selepas ini, beliau berkata: "Buat masa ini saya ingin berehat. Sembilan tahun saya menerajui UiTM."

Beliau juga tidak menolak akan terus memperjuangkan UiTM dengan batasan yang ada.

"Saya nak tolong bangsa saya," katanya.

Jumaat, 1 Januari 2010

JENAZAH TOK MAT SELAMAT DIKEBUMIKAN

ALFATIHAH



Jenazah Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini pada pukul 5.45 petang tadi.

Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Bukit Damansara pagi tadi.

Turut hadir di majlis pengebumian itu adalah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Azmi Khalid.

Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini.

Beliau berkata Allahyarham bapanya menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Sinonim dengan gelaran 'Tok Mat', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali, iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.

Selain itu, Allahyarham menyandang jawatan Setiausaha Agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan Setiausaha Agung Barisan Nasional dari 1988 hingga 1999.

Semasa menjadi Menteri Penerangan, Allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.

Ketegasannya juga turut ditampilkan antaranya dalam menyelesaikan isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut panjang mereka jika mahu menyertai program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Antara yang mematuhi arahan beliau ialah kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya, Awie dan Amy bersama kumpulan Search.

Allahyarham Tok Mat meninggalkan seorang balu, tiga orang anak dan lima orang cucu.

TAKZIAH KEPADA ISTERI PAKLAH


Bapa kepada Tun Jeanne Abdullah, isteri bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya, dekat sini pada 6.50 petang semalam, kata seorang pembantu kepada bekas perdana menteri itu.

Matthew Danker, 90, meninggalkan empat orang anak, Jeanne, Rodney, Davo dan Susan dan tiga cucu, Nadia, Nadene dan Nigel. Jeanne adalah anak sulung. "Beliau seorang bapa yang cukup baik dan lemah lembut serta tidak pernah meninggikan suara.

"Beliau penyabar dan mengajar kami adik beradik, agar rapat antara satu sama lain. Kami adalah keluarga yang amat akrab," kata Tun Jeanne

Beliau berkata bapanya seorang yang pernah cemerlang di bidang sukan terutama ragbi dan kriket.

"Bapa saya sesungguhnya seorang yang serba boleh dalam sukan ketika di St John's Institution," ujarnya.

Danker pernah menjadi pemberita sambilan dengan harian Malay Mail dalam tahun-tahun enam puluhan.

Keluarga berkenaan sedang membuat persiapan untuk majlis pengkebumian pada pagi Sabtu di Gereja Assumption dekat Hospital Assunta di Petaling Jaya. -BERNAMA