TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Selasa, 5 Januari 2010

CUBA KITA FIKIR SEJENAK


Ketika kerajaan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawabnya dengan mengekalkan kesejahteraan dan terus unggul meletakkan negara di persada antarabangsa, pakatan pembangkang terus berfikiran sempit ibaratnya negara baru sahaja merdeka.

Inilah yang dikatakan ketinggalan dan dangkal menghadapi masa hadapan hinggakan gagal melibatkan diri dalam setiap usaha bersama termasuklah agenda perpaduan dan kebersamaan dalam kepelbagaian.

Lihatlah sahaja sebelum ini, jika benar pakatan campuran mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, tentunya perilaku sumbang dan perbuatan yang sememangnya di luar dari kewarasan akal tidak akan berlaku termasuklah pelbagai propaganda bombastik dan demostrasi jalanan.

Tuduhan kepada pemimpin-pemimpin atasan dalam UMNO/BN, manipulasi atas apa yang dilakukan biarpun kerajaan memberikan kesenangan dan bantuan termasuklah wang ihsan, mengeluarkan kenyataan demi kenyataan menyelar Perdana Menteri termasuklah doa-doa yang meminta keburukan dan kehancuran.

Namun demikian, masa yang berlalu membawa pengertian tersendiri lantas menunjukkan bahawa padahnya apabila meludah ke langit kerana pasti akan terkena wajah sendiri.

Kecelaruan yang berlaku bukan dalam UMNO sebaliknya parti tersebut semakin teguh dan kukuh sedangkan dalam masa yang sama, pakatan campuran sama ada PAS, DAP dan PKR menghadapi masalah kepimpinan dan hilangnya keyakinan masyarakat terhadap mereka.

Seharusnya bukankah lebih baik jika mereka menumpukan kepada masalah setempat dan masalah ekonomi dalam negara yang jelas lebih penting daripada mencari cacat cela dan keburukan kerajaan.

Kematangan berpolitik perlu dijadikan landasan dan keputusan yang dibuat juga perlu diterima dengan tenang tanpa sebarang propaganda atau demonstrasi sebagaimana yang seringkali terjadi apabilaadanya rasa tidak puas hati.

Untuk mudah difahami, senang cakap bahawa UMNO enggan melayan kerenah pakatan campuran yang bagaikan gila populariti hingga sanggup menjadikan hal-hal remeh sebagai alat sedang rakyat menjadi mangsa dalam permainan sandiwara mereka.

Sedarkah pakatan campuran dan rakyat yang menjadi mangsa dalam permainan politik mereka. Dalam hal ini, bukankah lebih baik tumpuan diberikan kepada krisis yang melanda sedang isu-isu tempatan termasuk masalah sosial semakin membimbangkan.

Adakah dengan hanya permainan politik sahaja, anak-anak di rumah ada tangan yang menyuapkan atau buku-buku persekolahan dapat tersedia dengan sekelip mata. Lantas, apabila beban tersebut gagal dilunaskan maka dilontarkan pula setiap permasalahan kepada kerajaan Pusat.

Dalam hal ini, ada pihak yang sengaja menjadi dalang dalam membayangi minda rakyat untuk membenci UMNO, meletakkan setiap kesalahan atas galas bahu UMNO dan lebih teruk lagi berusaha untuk menghancurkan UMNO bukan sahaja dari luar malah meletakkan gunting dalam lipatan agar UMNO dengan sendirinya punah dari dalam.

Realiti sebenar UMNO dikaburkan oleh pihak tertentu iaitu sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar untuk kesejahteraan semua.

Oleh itu, terimalah kenyataan agar pentadbiran yang licin dan terancang dapat dilaksanakan demi untuk kesejahteraan masyarakat termasuklah ahli-ahli dalam pakatan campuran sendiri.


Petikan dari UMNO online

Tiada ulasan: