TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Isnin, 4 Januari 2010

KEMENTERIAN DALAM NEGERI AKAN KEMUKAKAN RAYUAN DIMAHKAMAH

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan rayuan secepat mungkin ke mahkamah lebih tinggi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lepas membenarkan mingguan gereja Katolik, Herald, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

"Kerajaan menyedari bahawa isu agama adalah perkara yang sangat sensitif di negara ini. "Memandangkan isu ini melibatkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah menerusi undangundang, maka pihak Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji semula perkara ini dan mengemukakan rayuan secepat mungkin ke mahkamah yang lebih tinggi," kata Menteri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata semua pihak diminta tidak melakukan sesuatu yang boleh menyinggung manamana pihak serta boleh menjejaskan kehidupan masyarakat berbilang kaum serta menimbulkan masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara sementara menunggu keputusan rayuan itu.

"Dalam menangani isu ini, jangan ada pihak yang bertindak di luar peraturan dan undangundang kerana kita di negara ini telah melalui pelbagai cabaran dan ujian, dan segala halangan serta masalah telah dapat kita tangani dengan menggunakan akal yang waras," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hishammuddin berkata, KDN akan bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara dan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta menggunakan sumber dan kekuatan undangundang termasuk Perlembagaan bagi memastikan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi terus terjamin.

Beliau berkata KDN akan meneliti dan mengkaji semua maklum balas dan pandangan sebelum melihat kemungkinan meneliti peruntukan undangundang sedia ada. "Ia termasuk fasalfasal dalam Perlembagaan Malaysia bagi mengukuhkan hak dan kedudukan agama Islam agar ia tidak boleh lagi dicabar oleh manamana pihak pada masa akan datang. Sudah sampai masanya perkara ini dibuat kajian secara mendalam," katanya.

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam. BERNAMA


Komen

Itulah jalan penyelesaian yang terbaik.

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, buat apa nak rayu-rayu..... DYMM Yang DiPertuan Agung berkuasa memutuskannya......

UMNO CAWANGAN KUALA ROMPIN berkata...

Betul juga ye... dimana kedaulatan Raja Raja Melayu. Disini kekuatan orang melayu