TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Jumaat, 8 Januari 2010

KLINIK 1MALAYSIA DIROMPIN, SATU TUJUAN, SATU FAHAMAN, SATU ARAH TUJU PERLU ADA



Petikan dari bernama untuk difikirkan dan dihayati

Pembukaan Klinik 1Malaysia di Lembah Subang mendapat reaksi positif penduduk setempat apabila sekurangkurangnya 20 pesakit mendapatkan rawatan di klinik berkenaan setiap hari.

Sejak dibuka Isnin lepas, penduduk tanpa mengira bangsa dan usia tidak putusputus mengunjungi klinik itu untuk mendapatkan rawatan terutamanya untuk penyakit ringan seperti demam, selesema dan batuk.

Jururawat Terlatih Rasmah Talib berkata sejak dibuka, klinik itu juga telah melakukan rawatan mencuci luka dan mencuci mata.

Bercakap kepada Bernama selepas majlis pelancaran Klinik 1Malaysia Lembah Subang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini, Rasmah berkata operasi di klinik itu turut dibantu penolong pembantu perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.

"Syif pertama bermula pada 10 pagi hingga 6 petang, manakala syif kedua mulai 6 petang hingga 10 malam akan diambil alih oleh kakitangan Klinik Kesihatan (KK) Kelana Jaya," katanya.

Menurutnya operasi klinik itu turut dipantau doktor dari KK Kelana Jaya yang akan melawat klinik berkenaan setiap minggu, selain akan turut dikunjungi pakar perubatan keluarga dan pakar kaunseling pemakanan.

Beliau juga berharap supaya petugas di klinik berkenaan akan ditambah pada masa akan datang memandangkan ramai penduduk yang mendapatkan rawatan di situ.

Sementara itu, kebanyakan penduduk yang ditemui menyifatkan penubuhan klinik itu memudahkan mereka kerana tidak perlu ke KK Kelana Jaya yang agak jauh dari kawasan perumahan berkenaan.

G.Rajeshwari, 30, berkata sebelum ini beliau dan keluarga terpaksa menaiki teksi kirakira RM15 sehala untuk ke KK Kelana Jaya untuk mendapatkan rawatan.

Pendapat itu disokong Zaleha Yunos, 38, yang perlu membayar tambang teksi yang agak mahal untuk ke klinik kerajaan terdekat kerana kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Menurut Hasny Hashim, 47, kewujudan klinik 1Malaysia di Lembah Subang itu dijangka mengurangkan kesesakan di KK Kelana Jaya kerana sebelum ini kebanyakan penduduk hanya akan berkunjung ke klinik berkenaan.

Mohamad Mansor, 68, yang menghidap sakit tua, berterima kasih kepada kerajaan kerana menubuhkan klinik itu dan memudahkannya untuk mendapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.

Sementara itu kunjungan di Klinik 1Malaysia Kerinchi yang turut dirasmikan Perdana Menteri hari ini juga mendapati klinik itu sesak dengan penduduk sekitar yang ingin mendapatkan rawatan.

Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Permai, Samsiah Jaafar, 50, berkata klinik itu akan memudahkan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

"Senang nak bawa anak ke sini kalau suami bekerja. Jalan kaki sahaja. Sebelum ini kami perlu ke klinik kerajaan Kerinchi," katanya yang juga surirumah sepenuh masa.

Sabarani Daud, 46, yang tinggal di PPR Kerinchi pula berkata klinik itu akan memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan terutamanya mereka yang tiada kenderaan serta warga tua.

Sehingga kini sebanyak 44 Klinik 1Malaysia telah mula beroperasi di seluruh negara mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam termasuk pada cuti umum, dengan bayaran minimum RM1.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah rawatan ringan seperti batuk, demam dan selesema, rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma, prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan serta khidmat nasihat kesihatan. - BERNAMA


Komen.

Dipaparkan cerita diatas untuk menjadi garis panduan kepada UMNO Bahagian Rompin Khasnya dan sesiapa yang ingin menggerakkan program Klinik 1Malaysia. Perbincangan hurus dibuat dengan Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah. Anda boleh membuat pelancaran Peringkat Negeri atau Daerah. Jika perbincangan dalam 1Hati dan 1Tujuan Insyaallah perkara ini dapat diibuat dengan tersusun dan indah. Di Rompin kawasan atau tempat yang sesuai di adakan Klinik 1Malaysia dicadangkan ( 1 ) Di Selancar, tempatnya berhampiran dengan balai Polis Selancar. ( 2 ) Muadzam Shah dicadangkan di Pejabat Pentadbiran Persatuan Teksi, Muadzam Shah dan di Rompin Pantai dicadangkan di Tg. Gemok di Gerai MDR. Jika tempat yang dicadangkan ini di kemukakan kepada Jabatan Kesihatan rasanya mereka setuju memandangkan kawasan sasaran yang dicadangkan amat sesuai. Apa lagi moh kita sama-sama melonjakkan UMNO Rompin yang pertama di Pahang menyahut saranan PM kita ........ apa lagi, nak tunggu Ketua UMNO Bahagian bagi arahan baru nak buat............. maaf seloka jumaat aja.






Tiada ulasan: