TRANSLATE

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Pengikut

Khamis, 7 Januari 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT - UMNO ROMPIN BILA LAGI


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru semua lapisan rakyat di seluruh negara untuk menyokong aspirasi parti dan kerajaan termasuklah bersedia terhadap perkembangan semasa khususnya program terbaru yang dinamakan Juara Rakyat.

Dalam hal ini katanya, semua peringkat dalam masyarakat khususnya para pemimpin termasuklah di peringkat akar umbi perlu memahami hasrat Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya untuk melihat parti ini lebih berjiwa rakyat dan terus berada di landasan perjuangannya.

“Kita telah pun menggariskan tumpuan yang bakal dilalui oleh ahli-ahli parti dan rakyat keseluruhannya dalam memastikan kesinambungan perjuangan terus relevan dengan mengaktifkan melalui progam dan aktiviti yang bertemakan Juara Rakyat,” katanya.

Dalam perancangan yang digariskan tahun lalu, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi yang bermesyuarat telah meluluskan program bagi tahun 2010 akan dimulakan dengan pelaksanaan program yang bertemakan ‘Juara Rakyat’.

“Sebenarnya program yang dirancang tersebut bukanlah sesuatu yang asing tetapi ia diperincikan dengan lebih teratur dan mantap melalui pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, perekonomian, sosial dan NGO serta pelbagai lagi jenis program yang telah ditentukan.”

Jelas beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), program tersebut tidak mengkhusus kepada UMNO semata-mata tetapi ia merangkumi penglibatan langsung rakan-rakan kompenan dalam BN dalam usaha untuk terus bersama-sama menggembling tenaga memastikan kerukunan dan keharmonian terpelihara.

“Melalui program-program tersebut, kita akan memastikan bahawa tidak akan ada rakyat yang terpinggir atau merasa tersisih kerana mereka akan terlibat secara langsung dalam menjayakan setiap perancangan sama ada di peringkat pusat, bahagian atau cawangan sekalipun,” jelas beliau lagi.

Selaras dengan itu, beliau turut menggesa semua lapisan masyarakat bergerak aktif dan tidak leka dengan matlamat perjuangan untuk terus memperkasa bangsa Malaysia dan memastikan kekukuhan kerajaan berterusan dan terus terpelihara.

“Kita jangan terlalu asyik menyaksikan pergolakan yang berlaku dalam parti lawan hinggakan kita lalai untuk melaksanakan tanggungjawab kita seperti mana yang telah digariskan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Lantaran itu, beliau menyeru semua masyarakat dan penduduk setempat di kawasan Hulu Selangor, Ibu Kota dan kawasan berhampiran agar bersama-sama dalam menjayakan program Juara Rakyat yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok sehingga ke hujung minggu ini.

“Pelbagai program yang ada pastinya akan dapat membuka minda dan berkongsi matlamat kerajaan dalam manifestasi melihat rakyat dan pemimpin seiring iaitu rakyat memahami aspirasi pemimpin dan pemimpin sendiri menyelami kehendak masyarakat,” katanya.

Tegas beliau juga, program tersebut adalah peluang terbaik kepada rakyat untuk mengenali pemimpin negara yang akan berada bersama-sama sepanjang tiga hari tersebut.


Komen

UMNO Bahagian Rompin, Pemuda, Wanita dan Puteri bila lagi nak buat, rancanglah dari sekarang, bila dah panas cuaca sikit bolehlah jalan terus. rancang biar tersusun, adakan pameran untuk sasaran semua rakyat tidak kira yang tua, wanita, remaja dan semua golongan. Pastikan semua jabatan kerajaan terlibat. agensi pendidikan, agensi pekerjaan dan lain-lain , biar program berfaedah kepada rakyat jangan syok sendiri....... amin jangan marah.

1 ulasan:

gengsahabat berkata...

betul dan bernas sekali pandangan...ayuh ...mereka yang memikul amanah atas jawatan yang disandang harus bekerja keras untuk merancang dan melaksanakan program sesuai ..JUARA RAKYAT...